Tuesday 27 December 2011

Cadangan Pada FAM

Sejak akhir-akhir ini,  isu perpindahan pemain import menjadi hangat di mana-mana media terutamanya pemain import yang gagal melepasi syarat-syarat FAM. Ada ramai pemain import yang 'terkandas' dan banyak juga kelab atau pasukan negeri yang kecewa dengan hal ini. Bagi gua, syarat untuk pemain import jelas dinyatakan dan kalau ia tidak dipatuhi, FAM punya hak untuk menghalang pemain import berkenaan dan pasukan pun kenalah mematuhi dan memahaminya. Gua ada cadangan pada FAM berkaitan dengan isu ini, tak tau la kalau ianya memang dah pun dibuat oleh FAM atau belum tapi ini sekadar berkongsi. Mana-mana pasukan yang berminat mengambil pemain import yang tidak dibenarkan FAM menurut syarat-syarat yang ditetapkan, diberi kelonggaran untuk mengambil pemain tersebut dengan syarat:

  1.  Pemain tersebut tetap tidak boleh beraksi dalam Liga super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia  tetapi boleh di Piala Presiden.
  2.  Jika mahu bermain dalam Liga super atau liga perdana atau Piala FA atau Piala Malaysia pemain import tersebut mesti bermain dalam piala presiden selama semusim terlebih dahulu dan pada musim berikutnya  barulah dia boleh bermain dalam liga utama di Malaysia. 
  3.  Syarat ini cuma tertakluk kepada pemain import yang tidak menepati syarat FAM seperti yang kita ketahui sebelim ini. ( pemain import mestilah dari divisyen 1 untuk asia dan sekurang-kurangnya dari divisyen 2 untuk eropah).
Apapun ini cuma cadangan untuk masa akan datang sahaja, Kalau ada mana-mana pasukan negeri yang benar-benar minat terhadap seseorang pemain import tetapi tidak layak, mungkin dengan adanya peraturan sebegini ianya boleh jadi jalan alternatif bagi pasukan yang bertanding.  
 

Monday 19 December 2011

Liga Malaysia 2012

Sejak beberapa bulan dulu kita ada mendengar cerita tentang mengurangkan pasukan yang bertanding dalam liga super. Bermacam-macam reaksi orang ramai mengenai hal ini. Ada yang menyokong atas sebab ianya dapat memberikan saingan lebih kompetetif kepada pasukan yang bertanding dan ada juga yang kurang bersetuju kerana ini akan menjejaskan kemeriahan saingan. Maksudnya Kita akan disajikan dengan perlawanan dari pasukan yang sama terlalu kerap, sepertinya kita akan terus terperangkap dengan pasukan-pasukan ini. Bagi gua, elok dikekalkan dulu format 14 pasukan dalam liga super ini, tidak perlu tergesa-gesa mahu membuat bermcam-macam perubahan. Tumpukan dulu dengan saingan Liga Malaysia dan konsistensi dalam persembahan pasukan.

Thursday 8 December 2011

Kegagalan Manchaster United Dalam UCL

Man Utd gagal layak ke peringkat 16 pasukan terakhir dalam UCL. Kekalahan 1-2 kepada Basel semalam menyingkirkan Man Utd ke Europa Legue untuk musim ini. Skuad Man Utd nyata masih gagal bersaing secara konsisten diperingkat tinggi, apatah lagi pemain muda mereka masih kekurangan pengalaman yang nyata dihukum oleh skuad lain. Nampaknya kejadian musim 05-06 yang lalu berulang lagi dan kali ini Man Utd juga turut gagal dalam beberapa lagi kejohanan seperti Legue Cup. Ferguson nampaknya harus lebih realistik kali ini, yang skuad ini masih belum mantap. Pemain muda yang ada memang bagus tapi tidak begitu konsisten. Beza pemain muda dengan pemain berpengalaman adalah persembahan yang konsisten. Beberapa pemain juga harus dipertimbangkan untuk meninggalkan Man Utd dan dapatkan pemain baru. Sudah tentu bulan januari ini pasti yang ditunggu-tunggu seluruh peminat Man Utd, siapa yang dibeli oleh kem Man Utd. Harap-harapnya seorang pemain berpengalaman dan bukannya pemain muda lagi yang sememangnya cukup ramai dalam skuad utama Man Utd. Posisi tengah, pertahanan adalah yang perlu diisi oleh pemain baru, posisi striker mungkin boleh dipertimbangkan kerana tiada pemain yang konsisten menjaringkan gol.

Sunday 27 November 2011

Malaysia Tewas Kepada Bahrain...Kelekaan, keletihan atau Kecederaan???

Apa dah jadi Harimau muda??? apa jadi ni.....Pada separuh masa pertama Malaysia mendahului 1-0 jaringan Nazmi. Selepas itu, Malaysia nampak yakin dengan corak permainan mereka. Masuk masa kedua, Bahrain menerima kad merah kerana kekasaran yang dilakukan dan hasilnya tidak lama selepas itu Malaysia menjaringkan gol kedua melalui Mahali Jasuli. Mendahului 2-0 menyebabkan Pasukan Malaysia terleka terutamanya bahagian tengah, ditambah lagi dengan masalah kecederaan, Malaysia bolos 3 gol dalam masa enam minit. Malah gol ke-3 Bahrain dijaringkan tak sampai seminit pun selepas gol ke-2. Agak sedih juga melihat apa yang terjadi. Menentang pasukan seperti Bahrain, ditambah lagi ini adalah Pra Olimpik, kita tidak boleh leka walaupun mendahului 2-0. Walau apapun terjadi, fokus kena 90 minit permainan kalau tidak kita akan dihukum sekelip mata. Mungkin pemain masih keletihan atau belum pulih sepenuhnya, tapi melihat  kita tewas setelah mendahului 2-0, memang sedih. Mimpi diulit emas sudah berakhir, sekarang kita harus pandang kehadapan dan teruskan berjuang. Kepada penyokong, tiada apa yang boleh kita lakukan selain menyokong pasukan kita. Kalau tak siapa lagi!!!

Friday 25 November 2011

Pesanan Buat Sir Alex Ferguson

Kita jenguk jap ke Old Trafford. Squad Man Utd nampaknya masih 'longlai'. Belum bangkit sepenuhnya. Keputusan sekadar seri pada saingan peringkat kumpulan UCL dengan Benfica beberapa hari lalu nyata tidak menggambarkan siapa Man Utd yang sebenarnya. Jadi, apa yang diperlukan ialah pemain baru, khususnya pada bahagian tengah. Walaupun bahagian tengah, mereka ada Anderson, Carrick, Fletcher atau yang lain-lain, ianya masih memerlukan seorang pemain yang matang dan berstatus 'bintang'. Sebelum ini, Wesley Sneijder dikatakan akan bersama Man Utd tapi terhalang kerana gaji yang terlalu tinggi yang mungkin akan diminta oleh beliau. Selepas itu, tiada apa-apa perkembangan terhadap isu ini. Adakah Man Utd tidak dapat mancari pemain lain. Siapa agaknya pemain yang sesuai untuk Man Utd pada musim perpindahan Januari ni?? Modric, De Rossi atau siapa pun yang penting Man Utd mesti lakukan sesuatu untuk dapatkan kembali rentak kemenagan dan corak permainan yang cantik kalau tidak, Man Utd takkan pergi jauh untuk musim ini.

Wednesday 23 November 2011

Malaysia vs Syria Kelayakan Pra Olimpik

Keputusan kelayakan Pra Olimpik tadi menyaksikan Malaysia tewas kepada pasukan Syria ( 0-2 ). Kekalahan kedua pasukan Malaysia boleh la di katakan, ianya berpunca daripada beberapa faktor utama iaitu:
1. Keletihan kerana terpaksa bermain semula dalam tempoh yang singkat.
2. Kegagalan pemain bahagian hadapan yang tidak berfungsi dengan baik.
3. Kesilapan mudah yang menyebabkan pemain Syria menguasai bola.
Mungkin ada lagi tapi gua simpan dalam hati je la....Nampak seperti kita kekurangan posisi penyerang kerana nyata kita bermasalah menyudahkan peluang yang terhidang. Samada Ong Kim Swee akan menambah pemain penyerang atau memperbaiki kualiti penyerang yang sedia ada, itu terpulang kepada beliau, yang pasti sesuatu perlu dilakukan untuk menambah 'peluru' dibahagian hadapan. Tapi, semangat pemain negara sebentar tadi boleh di puji. Bukan mudah bermain semula dalam perlawanan kompetetif dengan masa yang cukup terhad untuk pulih sepenuhnya. Apapun, ahad nanti Malaysia akan menentang Bahrain pula. Kedua-dua pasukan belum lagi memperoleh sebarang mata, jadi perlawanan ini pasti akan menjadi medan pertembungan yang penting untuk menghidupkan peluang masing-masing untuk layak.   

Tuesday 22 November 2011

Harimau Malaya Tumbangkan Garuda pada Final Sukan Sea 2011

Final Sukan Sea 2011 antara Malaysia vs Indonesia berlangsung hangat. Tamat 90 minit, perlawanan terikat 1-1, dan pada separuh masa pertama jelas milik Malaysia tetapi pada separuh masa kedua pula dikuasai oleh Indonesia. Secara keseluruhannya satu perlawanan yang boleh dikatakan seimbang dimana kedua-dua pasukan saling serang-menyerang. Malaysia memiliki beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol khususnya oleh Fakri Saarani dan Asra tetapi sekali lagi di sia-siakan. Akhirnya, sepakan penalti jadi penentuan siapa memiliki emas Sukan Sea 2011. Keputusan sepakan penalti Malaysia 4 Indonesia 3. Memang mendebarkan sepakan penalti sebentar tadi, apatah lagi selepas Fakri Saarani gagal dalam sepakannya, mujur Khairul Fahmi cemerlang menyelamatkan sepakan penalti Indonesia. Bagi gua, pemain terbaik final ini adalah kapten Malaysia Baddrol Bakhtiar yang bermain baik selama 120 minit dan pasukan Malaysia adalah satu-satunya pasukan yang tidak kalah sepanjang kempen Sukan Sea 2011 bagi acara bolasepak. Nampaknya 'IBU pingat' akan terus berada di Malaysia untuk dua tahun lagi. Tahniah Harimau Muda!!

Saturday 19 November 2011

Final Sukan Sea 2011 Malaysia vs Indonesia

Perlawanan separuh akhir sebentar tadi berakhir dengan kemenangan pada pasukan pilihan. Malaysia menewaskan Myanmar 1-0 jaringan Fakri Saarani dan Indonesia pula menewaskan Vetnam 2-0. Pasukan Myanmar dilihat memberikan tentangan yang hebat pada pasukan Malaysia dan mereka juga menghasilkan beberapa peluang menjaringkan gol tetapi berjaya dihalang oleh Fahmi. Secara keseluruhannya Malaysia bermain baik tapi perlu lebih 'tajam' di final nanti. Indonesia pasti menggunakan kesemua kelebihan sebagai tuan rumah untuk memenangi final nanti dan diharap Malaysia kekal fokus dan bermain dengan mantap di setiap inci padang, pasti kita boleh menang walaupun akan menentang Syria sehari selepas itu untuk kelayakan olimpik pula. Kita hampir pasti akan menaiki kereta perisai sekali lagi, yang penting itu bukan penghalang kalau mahukan kejayaaan emas Sukan Sea 2011.

Thursday 17 November 2011

Malaysia vs Indonesia Peringkat Kumpulan A

Perlawanan terakhir kumpulan A menemukan MAS vs INA tadi menyaksikan pasukan Malaysia menewaskan Indonesia 1-0. Indonesia yang merehatkan beberapa pemain utama mereka dilihat menguasai permainan tapi terlepas peluang menjaringkan gol sepanjang 90 minit permainan. Sementara itu Malaysia bernasib baik dapat menjaringkan gol pada babak pertama (lupa lak nama permain score tadi). Tapi yang menjadi perhatian gua dalam permainan tadi adalah bagaimana Izzaq Fariz terlepas banyak peluang untuk menjaringkan gol. Sentuhan pertama (first touch) beliau perlu diperbaiki lagi kerana sebagai pemain penyerang terlepas peluang sebegitu merugikan keseluruhan pasukan, negara dan peminat yang menyokong. Selepas ini, Malaysia sebagai juara kumpulan A akan bertemu dangan naib juara kumpulan B iaitu Myanmar di separuh akhir dan Indonesia pula akan menentang Vetnam. Diharap selepas ini,  masalah sebegini tidak akan berlaku lagi. Amat rugi peluang di lepaskan kerana masalah sentuhan pertama yang tidak tepat. 

Wednesday 9 November 2011

Kemenangan Pertama Malaysia Di Sukan Sea 2011

Kemenangan Malaysia keatas Thailand ( 2-1 ) sebentar tadi mencerahkan peluang pasukan bolasepak Malaysia untuk layak ke pusingan seterusnya. Kemenangan ini penting untuk Malaysia kerana seperti yang kita ketahui lawan dalam kumpulan ini sangat kuat dan tidak boleh tercicir sebarang mata pun. Walaupun begitu, analisis perlawanan menentang Thailand tadi 'sedikit membimbangkan' kerana Malaysia mensia-siakan deretan peluang keemasan di depan gol. Kalau di hitung kesemua peluang, pasti kita menang selesa tapi yang berlaku sebaliknya. Walaupun menang, berada dalam kumpulan yang seperti ini, kelebihan jaringan sangat penting dan pasukan Malaysia mensia-siakannya. Harap Malaysia melakukan lebih baik di depan gol selepas ini. Walaubagaimanapun, tahniah kerana menang keatas Thailand, kita bermain lebih baik dan mencipta peluang cuma.......Harap selepas ini rentak kemenangan akan dikekalkan.

Saturday 29 October 2011

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011

Di Stadium Shah Alam Negeri Sembilan mencipta kejuaraan Piala Malaysia 2011 menewaskan Terengganu 2-1. Sekali lagi Hai-O menjaringkan gol kemenangan untuk Negeri Sembilan setelah ketinggalan hasil jaringan Muhammad Asaari Samsudin. Kemudiannya disamakan oleh Kunalan dibantu oleh kesilapan penjaga gol Terengganu Sharbinee yang gagal menangkap bola hantaran yang biasa sahaja dari Kunalan. Kesilapan sebegini patutnya tidak berlaku tambah lagi pada final. Pastinya Sharbinee akan mengenang kesilapan ini yang terburuk dalam kariernya. Satu lagi faktor yang mempengaruhi permainan adalah keadaan padang Stadium Shah Alam yang tidak banyak perubahan. Ianya masih 'ngeri' terutamanya di kawasan tengah padang dan keadaan padang yang teruk ini banyak mengganggu permainan. Rasanya kita boleh menyaksikan permainan yang lebih berkualiti dari apa yang kita saksikan pada final kali ini kalau padang itu lebih rata dan bukannya seperti 'bolasepak pantai'. FAM patut lebih peka dengan isu ini barulah berbaloi dengan kenaikan harga tiket. Apa pun tahniah buat Negeri Sembilan!!

Wednesday 26 October 2011

Hampa-Kenaikan Harga Tiket Final Piala Malaysia 2011

Isu ini mendapat kecaman hebat daripada seluruh peminat bolasepak terutamanya dari peminat Terengganu dan Negeri Sembilan. FAM menaikkan harga tiket final Piala Malaysia 2011. Semua orang tahu berapa kenaikan tersebut. Kerajaan Terengganu mengambil langkah drastik dimana 50% harga tiket untuk kuota negeri Terengganu ditanggung oleh kerajaan negeri, jadi peminat dari pantai timur ini cuma membayar RM25 sahaja untuk satu tiket tapi peminat dari Negeri Sembilan pula terpaksa membayar harga penuh. Sehingga artikel ini ditulis, peminat dari Negeri Sembilan 'seakan-akan' memboikot untuk membeli tiket. Nyata tindakan tiba-tiba FAM ini mencetuskan rasa tidak puas hati peminat bolasepak tanah air. Kalau peminat kedua-dua pasukan pun 'marah' dengan kenaikan ini, apalagi peminat bolasepak yang lain. Alamatnya akan banyak ruang-ruang kosong di stadium Shah Alam nanti dan jangan kata peminat tidak berminat datang ke stadium. Sepatutnya FAM menetapkan harga tiket awal lagi dan tidak menaikkannya sesuka hati. Iyalah ada yang datang sekeluarga ke stadium, ada yang datang secara rombongan sekampung tapi hal sebegini boleh membunuh semangat yang berkobar-kobar untuk ke stadium. Akhirnya, tengok kat tv beramai-ramai. Lagi senang!!

Sunday 23 October 2011

Man Utd (1) vs Man City (6)

Ini adalah kekalahan paling memalukan Man Utd di Old Traford. Gua tak pernah tengok Man Utd main teruk camni walaupun bermain dengan 10 orang sebelum ni. Mungkin kad merah pada Johnny Evans merupakan salah satu sebab tapi bukanlah yang utama. Pertahanan Man Utd memang teruk walaupun dengan kehadiran Rio Ferdinanad, Evra pula lambat kembali ke posisinya menyebabkan counter attack Man City berhasil. Rasanya ini adalah pengajaran yang paling baik buat Man Utd dan Sir Alex yang pemain muda tidak selalu konsisten untuk liga yang panjang. Pemain seperti welback, Evans tidak berkesan menentang pasukan Man City sebentar tadi. Rio pun banyak melakukan off position. Harap Man Utd mencari pemain baru pada Januari depan. Bukan pemain muda tapi pemain yang berpengalaman dan konsisten terutamanya pada bahagian midfield. Bangun Man Utd!!!!!!

*Nak tunggu apa reaksi Sir Alex lepas ni....

Kualiti Padang Stadium Shah Alam???

Banyak pandapat yang mengatakan bahawa kualiti padang Stadium Shah Alam berada di tahap yang teruk. Ditambah lagi FAM mengatakan bahawa itulah gelanggang final Piala Malaysia 2011. Diharap siapa pun yang bertanggungjawab terhadap hal ini lakukanlah sesuatu sebelum final berlangsung. Adalah tidak wajar sama sekali kualiti padang menjadi faktor penentu kepada kemenangan atau kekalahan pada mana-mana pasukan di final Piala Malaysia. Sepatutnya FAM lebih peka terhadap pemilihan padang mana yang mencapai kualiti yang diharapkan dan tidak mengganggu permainan. Harapan sekarang ni, padang Stadium Shah Alam akan di baikpulih sebelum final berlangsung nanti.  

Pasukan Pilihan Ke Final Piala Malaysia 2011

Perlawanan separuh akhir ke-2 tadi menyaksikan N.Sembilan dan Terengganu menang di gelanggang masing-masing. Mereka akan bertemu di final nanti dan akan menentukan kerjuaraan untuk tahun ini. Yang menariknya Abd Manaf Mamat dan Hai-O masing memiliki 7 jaringan setakat ini dan rasanya persaingan ini akan berterusan di final nanti. Untuk musim kali ni Terengganu dilihat mantap sejak dari saingan Liga Super lagi dimana persaingan dengan Kelantan mewarnai sebahagian yang 'penting' dalam dairi pasukan Terengganu, sementara itu pasukan N.Sembilan terkeluar dari saingan merebut Liga Super dan Piala FA tetapi hebat bila berada di Piala Malaysia. Tiga musim berturut-turut mereka berada di final Piala Malaysia dan rasanya semua orang tahu yang N.Sembilan 'sangat' mementingkan Piala Malaysia dari piala yang lain, jadi tidak hairan la kalau musim hadapan pun kita akan saksikan pasukan N.Sembilan berada di final. Walaubagaimanapun kedua-dua pasukan berhak berada di final berdasarkan persembahan dan konsistensi mereka dalam saingan Piala Malaysia kali ini, itu tidak dapat dinafikan lagi. Dari segi pengalaman sudah tentu memihak kepada N.Sembilan tetapi Terengganu juga melalui banyak rintangan yang berliku untuk edisi kali ini. Rasanya kekuatan mental akan menjadi penentu kali ini.

Wednesday 19 October 2011

Separuh Akhir 1 Piala Malaysia 2011

Dua perlawanan berlangsung tadi membabitkan Selangor lwn Terengganu dan N.Sembilan lwn T-Team. Keputusannya Selangor 0 Terenggau 2 dan N.Sembilan 4 T-Team 2. Nampaknya pasukan pilihan sudahpun melangkah sebelah kaki ke final. Perlawanan di Shah Alam memang menarik tapi perkara yang harus diberi perhatian ialah kualiti padang yang teruk dan mengganggu pergerakan pemain serta lantunan bola. Tak dapat dibayangkan kalau ini la padang untuk final Piala Malaysia 2011. Ngeri!!. Disamping itu, persembahan Abd Manaf Mamat memang mencuri tumpuan. Dia memang dalam perhatian gua sejak dulu lagi cuma gua heran kenapa Datuk K.Rajagopal tidak bawa dia dalam squad kebangsaan. Sekurang-kurangnya dia boleh bersaing untuk bahagian serangan dalam pasukan Malaysia. Sementara itu N.Sembilan seperti biasa 'semangat' Piala Malaysia mereka luar biasa, kadangkala mereka seperti pentingkan piala ini lebih daripada piala-piala yang lain seperti Piala Liga atau Piala FA sebab nyata semangat mereka tidak sehebat ini ketika beraksi di liga super

Thursday 13 October 2011

Bolasepak Malaysia Perlu Lebih Mantap

Masa untuk bergembira dengan kejayaan lalu sudah tamat. "Cuti Sudah Habis!!" Tiada apa yang boleh kita lakukan kalau kita terus menerus dibuai dengan kejayaan dan kenangan lalu. Yang lalu biarkan berlalu, sekarang adalah masa untuk buka buku baru dalam arena bolasepak tanahair. Pasukan Malaysia dikritik  hebat apabila bolos dengan begitu banyak dalam perlawanan antarabangsa dan ianya memang ada asasnya. Mungkin jurulatih Malaysia ingin mencari pemain yang lebih banyak dengan memberi pendedahan pada pemain lain untuk mewakili Malaysia tapi kerisauan yang utama adalah mereka mudah dibolosi dan ini memang membimbangkan. FAM perlu melakukan sesuatu untuk mengurangkan kerisauan ini dan langkah yang diambil iaitu membenarkan semula pemain import adalah langkah yang tepat. Sekurang-kurangnya pemain dapat berasimilasi dengan corak pemain asing dari muda lagi. Ini penting untuk pembangunan akar umbi dan mengetahui prestasi mereka jika dibandingkan dengan pemain asing. Tapi kita mesti bersabar kerana ini bukannya proses sekelip mata memberi kesan yang diharapkan. Walaupun ramai yang mengkritik hebat tapi sebenarnya kita semua sayangkan bolasepak Malaysia. Dari Perlis hingga ke Sabah semuanya menyokong kuat bolasepak tanahair untuk menjadi pasukan terhebat di dunia satu hari nanti.

Friday 7 October 2011

Adakah Arsene Wanger Akan Tinggalkan Arsenal??

Adakah Arsene Wenger patut dipecat dari kem Arsenal?? itulah khabar angin yang kuat bertiup dari Arsenal ketika ini. Memandangkan permulaan paling buruk Arsenal dalam saingan kali ini, banyak media terutamanya dari eropah selalu bertanya adakah ia akan terjadi. Rasanya pemilik Arsenal masih lagi percaya akan Wenger sekurang-kurangnya untuk musim ini dan menyasarkan layak ke Champions Legue musim depan. Sebenarnya Wenger yang mengubah Arsenal dari sebuah pasukan yang 'biasa-biasa saja' kepada sebuah pasukan yang mantap dan mempunyai corak permainan yang sangat menarik disamping pembangunan pemain mudanya boleh dikatakan berjaya melahirkan pemain berkelas dunia, tapi rekod itu tidak menjanjikan kejayaan. Pasukan-pasukan lain seperti Man Utd, chelsea, Man City sudahpun bersedia dangan senjata-senjata yang lebih mantap dari musim ke musim dan Arsenal semangkin ketinggalan ditambah pula pasukan seperti Man City  bersedia untuk mengambil pemain-pemain Arsenal untuk dibawa bersama. Keadaan begitu sukar di Arsenal sekarang ni meskipun ramai pengurus pasukan lain bersimpati, dalam bolasepak yang menang tetap menang dan begitu jugalah sebaliknya.

Wednesday 28 September 2011

Drama Carlos Tevez Di Man City

Permainan antara Man City vs Bayern Munich semalam memang menarik dan nyata City masih banyak yang perlu dilakukan untuk bersaing di pentas yang besar seperti Champions League dan Bayern memang layak untuk menang semalam tapi cerita Carlos Tevez lebih menarik dari itu. Tevez menolak untuk masuk bermain walaupun dipujuk oleh staf Man City. Nyata Mancini berang dengan tindakan Tevez dan menyatakan Tevez tidak akan bermain untuk Man City lagi. Alasan yang dibeikan oleh Tevez dia tidak bersedia dari segi mental untuk masuk bermain. Memang keputusan yang berani dari Tevez menolak bermain bila diminta oleh Mancini dan sudah pasti akan memberi kesan kepada kariernya kerana setiap pasukan pasti tidak akan melupakan kejadian ini. Menurut kem Man City, kes ini akan terus dirujuk kepada pemilik Man City untuk keputusan selanjutnya.

Thursday 22 September 2011

Squad Olimpik Malaysia Tewas Ditangan Jepun

Permainan semalam tidak begitu memberangsangkan bagi squad olimpik negara. Bukan kekalahan yang dikesalkan tapi beberapa kelemahan atau kesilapan mudah yang berlaku dan juga kekurangan dari aspek teknikal pemain Malaysia. Kadangkala ada pemain begitu terburu-buru sehingga pemain Jepun mudah melepasi mereka. Pemain Malaysia juga gagal mencipta peluang untuk untuk membahayakan gawang Jepun. Memanglah bukan mudah menentang pasukan Jepun tapi semalam kita seperti tidak bermain sebagai satu pasukan, bahagian tengah tidak menyokong antara satu sama lain dengan baik dimana pemain yang mendapat bola berhempas pulas untuk melakukan hantaran yang berkesan kerana pemain lain selalunya tidak berada diposisi yang mudah untuk hantaran. Cuma apa yang memberangsangkan adalah semangat pemain yang ingin maju kehadapan, diharap selepas ini pasukan Malaysia dapat meningkat dari satu perlawanan ke perlawanan yang lain. Malaysia akan  menentang Syria selepas ini. Selamat Maju Jaya Malaysia!!

Sunday 18 September 2011

Persembahan Piala Malaysia 2011

Saingan Piala Malaysia 2011 yang bermula minggu lepas menyaksikan beberapa pasukan pilihan mendominasi kumpulan dan menepati ramalan para peminat bolasepak negara, kecuali Selangor yang bermain dibawah tahap sebenar pada musim Piala Malaysia setakat ini. Kekalahan semalam membawa Selangor beraksi lebih perit untuk layak pada peringkat seterusnya. Namun beberapa pasukan pilihan boleh dikatakan beraksi baik walaupun mengalami kekalahan seperti pasukan N.Sembilan, Kelantan dan begitu juga dengan Terengganu. Namun begitu, walaupun masih awal lagi, gua jangkakan pasukan yang layak tidak banyak berubah dari musim lepas. Mungkin ada beberapa kejutan dari pasukan lebih kecil,sejauh mana kita tak tahu, tapi berdasarkan corak permainan, gua yakin kita akan lihat pasukan yang sama seperti musim lepas di semi-final nanti.

Saturday 10 September 2011

Cardiff City Uji Safee Sali

Berita yang dikhabarkan beberapa hari lalu ini sedikit sebanyak mencuri tumpuan peminat bolasepak tanahair. Penyerang Malaysia ini akan diuji pasukan dari England iaitu Cardiff City yang dimiliki oleh rakyat Malaysia. Meskipun kita sedia maklum peluang untuk mewakili pasukan ini agak sukar berikutan beberapa rintangan termasuk permit kerja pemain asing, tapi ini merupakan peluang terbaik untuk Safee Sali mengaut pengalaman dari pemain-pemain Cardiff City. Itu lebih penting daripada memikirkan bagaimana untuk bermain mewakili Cardiff City. Kalau Safee Sali berjaya mengembirakan kem Cardiff City disana, pasti ini akan menjadi perintis dan membuka mata kelab eropah untuk mencari bakat di Malaysia. Keyakinan kita terhadap masa depan bolasepak pasti bertambah mantap andai ini direalisasikan, ditambah pula diberitakan Safiq Rahim juga akan mendapat peluang yang sama seperti Safee Sali selepas kancah Piala Malaysia. Cuma, Safee Sali atau sesiapa saja yang mendapat peluang sebegini perlu menggandakan usaha dari apa yang mereka ada sekarang untuk bersaing dengan pemain-pemain disana.

Friday 2 September 2011

Man Utd Dan Pencabar EPL

Walaupun musim baru sahaja bermula, isu perpindahan pemain menjadi tumpuan semua peminat-peminat bola. Arsenal adalah antara pasukan yang mendapat tumpuan kerana kehilangan pemain penting dan peminat mendesak agar pemain baru dibawa masuk. Apatah lagi kekalahan memalukan Arsenal ditangan Man Utd 8-2. Gua terkejut juga la dengan persembahan pasukan Arsenal ketika tu, gua yakin yang Man Utd akan menang game tu tapi takde la sampai lapan gol, nampaknya pemain muda yang dikumpul oleh Man Utd lebih menyerlah ketika ni. Melihat kepada permulaan musim ni, gua yakin yang Man Utd akan menang EPL musim ni, Chelsea pula mahu memulakan revolusi pemain-pemain muda untuk menggantikan posisi bintang-bintang tua mereka, Liverpool nampak mantap dibahagian hadapan tapi sedikit goyang dipertahanan, Man City pula mempunyai begitu ramai pemain bintang yang menerima gaji mahal dalam liga EPL, kalau ianya tidak berubah, City akan menjunam dalam masa 5 tahun dari sekarang tapi untuk musim ni, mereka adalah pencabar kejuaraan liga. Sementara itu, empat pemain baru Arsenal yang akan menjadi keyplayer kepada pasukan dan akan meletakkan Arsenal kembali bersaing untuk top 4.

Monday 15 August 2011

Perpindahan Febregas Ke Barcelona

Isu cesc Febregas sudah berlarutan sejak dulu lagi, mungkin 2 musim lepas tapi baru sekarang persetujuan dibuat oleh kedua-dua pasukan. Pihak Arsenal tidak lagi dapat menahan keinginan Febregas yang jelas menjejaskan persembahannya musim lepas. Persembahan Febregas musim lepas seperti hilang sengat dan gua percaya yang Febregas sekadar bermain seperti biasa tetapi tidak dengan jiwa raganya. Rasanya ini adalah yang terbaik untuknya dan Arsenal. Barisan midfielder Barcelona akan bertambah ramai selepas ini mungkin ada 6 atau 7 orang untuk posisi tengah dan rasanya Febregas cuma akan menjadi 'supersub' di Barcelona atau 'rotation player' dan bukannya seperti di Arsenal. Buat Arsenal, kalau tiada pengganti Febregas atau Nasri selepas perpindahan pemain ditutup, Arsenal akan 'struggle' untuk layak Champion League musim depan. Jauh sekali untuk menang kejuaraan EPL.
*Tak nak Joey Barton ke dari Newcastle????

Monday 8 August 2011

Man Utd vs Man City di Community Shield

Perlawanan pembukaan EPL Man Utd  dengan Man City semalam memang menarik. Corak permainan sangat meyakinkan dari Man Utd walaupun ketinggalan 0-2 separuh masa pertama tetapi bangkit pada babak kedua dengan 3 gol. Peningkatan jelas pada pemain muda Man Utd yang telah mengubah rentak permainan sehingga Man City gagal mengikuti kelibat pemain Man Utd. City seperti biasa cuba bermain rentak perlahan seperti liga Itali, tetapi terkena kejutan pada babak kedua dengan kemasukan pemain muda Man Utd yang begitu bertenaga menguasai bahagian tengah. Walaupun tanpa Rio Ferdinand dan Vidic selepas rehat, pemain muda Man Utd jelas mendominasi seluruh posisi perlawanan pada masa kedua. Bagi gua ini isyarat jelas yang pemain muda Man Utd akan bersaing untuk mendapatkan tempat mereka dalam pasukan utama musim ini. Pemain seperti Ryan Giggs, Carrick, Park Ji Sung, akan mendapat saingan sengit dari pemain muda ini. Penjaga gol baru Utd De Gea, sedikit gugup semalam tapi gua yakin tahap keyakinannya akan meningkat dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Pemain muda yang menunjukkan potensi besar dalam perlawanan semalam adalah Danny Welback dan Chris Smalling yang bemain hebat hampir 90 minit. Mereka menunjukkan petanda positif dan gua yakin mereka akan mendapat lebih banyak perlawanan musim ini. Walaupun ini cuma Community Shield, kalau corak permainan Man Utd, tapi ini satu petanda yang Man Utd bakal mendominasi Epl musim ini. 

Saturday 30 July 2011

Isu Yossi Benayoun

Semua orang tahu ketika Chelsea lawan Malaysia, Benayoun telah di 'boo' oleh peminat bolasepak Malaysia sehingga memaksa FAM meminta maaf kepada Benayoun dan Chelsea. Isu ini mendapat perhatian dari seluruh peminat bolasepak dari seluruh dunia kerana dikatakan berlaku tidak adil (rasism) terhadap Benayoun yang berasal dari Israel. Gua dapat rasakan sebenarnya, peminat bolasepak Malaysia bukannya bencikan Benayoun, tapi 'boo' itu mungkin lebih kepada tanda protes terhadap rejim zionis. Rakyat Malaysia tidak ada platform untuk menyampaikan rasa protes yang boleh di dengar oleh rejim zionis kecuali melalui blog-blog dan 'boo' itu pula telah sampai keseluruh dunia. Malangnya sukan bolasepak ini telah menjadi 'medium'nya, Niat di hati untuk menyokong orang-orang Palestin tapi platformnya ini tidak tepat. Sukan bolasepak adalah sukan yang universal, tapi kadangkala sebagai peminat, kita tidak dapat menahan diri daripada menyampaikan rasa dalam diri. Tambahan pula isu ini berkaitan dengan kemanusiaan dan kehidupan rakyat Palestin. Tapi, perlu juga diingatkan yang bukan semua rakyat Israel itu lakhnat dan perlu diingatkan juga yang 'boo' itu dihantar adalah untuk rejim zionis Israel dan bukannya untuk sesiapapun. Apapun, sukan sebegini bukan platform yang sesuai untuk itu. 

Thursday 28 July 2011

Malaysia Cuma Seri 1-1 Di Bukit Jalil

Perlawanan sebentar tadi memang mengecewakan. Malaysia seri dan tewas di tangan Singapura yang nyata mempunyai kelebihan dengan adanya pemain asing yang diberi hak kerakyatan. Tapi, yang menjadi persoalannya ialah bahagian tengah Malaysia yang tidak mencari atau membuka peluang untuk penyerang melakukan percubaan. Begitu payah sekali Malaysia untuk memasuki kawasan kotak penalti Singapura, sementara Singapura pula tidak ada tekanan untuk memasuki kawasan kotak penalti Malaysia. Pertahanan Malaysia pula masih lagi cerita yang sama, gua setuju dengan pengulas astro arena 'Ball Watching', fokus dan kosentrasi masih longgar. Ketiadaan Safiq Rahim bukan alasan, sepatutnya bahagian tengah lebih pantas dan menguasai bola membantu penyerang, Safee Sali tidak dapat banyak ruang pada 45 minit pertama kerana kegagalan pemain mencipta peluang. Walaupun kita bangkit pada masa kedua, masih tidak cukup untuk mara kepusingan ke-3. Pengalaman memisahkan kita dengan Singapura. Apapun beberapa pemain patut mendapat pujian, seperti Khairul Fahmi, Kunalan(2nd Haf), Safee Sali. Harapan selepas ini, harap Datuk Rajagobal menimbang pemain lain untuk memantapkan barisan negara terutamanya pertahanan. Pemain akan dapat bersaing hebat untuk mendapat tempat mereka. Perlawanan malam ini satu pengajaran yang baik untuk pemain Malaysia samada yang mewakili, yang akan mewakili dan yang bercita-cita untuk mewakili pasukan Malaysia. Tidak lupa kepada pengendali pasukan Malaysia.   

Sunday 24 July 2011

Masih Cerita Yang Sama Dari Singapura

Betapa terkejutnya gua melihat corak pertahanan Malaysia pada Pra Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura semalam. Ceritanya sama dengan perlawanan persahabatan iaitu bolos dengan jumlah yang besar. Memang kita kuat di tempat sendiri tapi agak mengecewakan sedikit bila bertarung di luar. Ketika menentang Taiwan di gelanggang lawan, kita bernasib baik walaupun bolos banyak. Cuma kali ni lebih banyak. Sesuatu perlu dilakukan oleh Datuk Rajagobal mengenai perkara ni, walaupun masih ada 90 minit di Bukit Jalil tapi itu cerita yang lain. Pertahanan negara kerap melakukan kesilapan dan bila pemain yang kerap lakukan kesilapan mungkin sesuatu tak kena dengan kosentrasi atau fokus pemain itu sendiri. Tapi tidak dinafikan mugkin pemain tidak biasa dengan padang tiruan. Mungkin sudah tiba masanya Datuk Rajagobal menimbang memperluaskan lagi pemilihan bahagian pertahanan sebab ianya jelas perlu diperbaiki. Pilih la pemain yang terbaik bermain kalau nak menang dan bukannya pemain yang baru dicuba kebolehannya diperingkat tertinggi. Kalau perlawanan persahabatan mungkin ya, kita boleh cuba apa sahaja kombinasi tapi pada perlawanan penting seperti ini, rasanya peratusan untuk keajaiban berlaku kurang( bukannya takde langsung..kuranggg).. Tapi gua dapat rasakan di Bukit Jalil nanti Malaysia akan menang tapi adakah cukup untuk mara ke peringkat seterusnya masih menjadi persoalan.....apapun selamat maju jaya pada Harimau Malaya!!!!

Sunday 17 July 2011

Penampilan Pertama Liverpool di Malaysia

Memang banyak gol dijaringkan pada perlawanan Malaysia vs Liverpool tadi. Mulanya gua ingatkan team liverpool tidak akan respon dengan 3 gol yang dijaringkan oleh Malaysia. Rupanya dia up satu gear lagi  dan ditambah pula dengan kesilapan pertahanan Malaysia. Nasib baik ada live kat tv, kalau tak........
Sebagai peminat Man Utd, kalau keputusan tadi berakhir dengan 4-3, memang liverpool babai la dengan team lain, walaupun game tadi tanpa Gerard, Suarez dan Reina. Menarik juga la tengok team Malaysia score gol, terutamanya free kick Shafiq Rahim. Memang gua dah agak akan gol sebab jarak tu 'makanan' Shafiq Rahim, ligupun penjaga gol liverpool tidak setup benteng dengan baik.
Gua memang tengok midfield Malaysia 'sedikit' meningkat berbanding lawan arsenal, tapi masih agak lambat. Banyak kali gua tengok bahagian tengah tiada seorang pun pemain Malaysia. Harap lepas ni ianya dapat diperbaiki...Lepas ni Chelsea plak datang lawan squad Ong kim Swee, tak tau laa nasib Malaysia nanti.. tapi apapun game dengan Singapore tuu lebih penting. 

Thursday 14 July 2011

Peminat Kecewa Tiada Siaran Langsung Malaysia vs Arsenal

Rata-rata peminat kecewa dengan tiadanya siaran langsung Malaysia lwn Arsenal. Gua dah pun melawat blog-blog lain, semuanya hampa. Dengar cite, penganjur tak bagi hak siaran langsung kalau jualan tiket tak mencapai 80% atau 90%, ada cite lagi, kata ada kesilapan teknikal. Gua sendiri pon tak dapat tengok, memang kecewa la diPERLAKUKAN  camni. Cuma dapat siaran ulangan. Orang nak tengok live kat tv bukannya ulangan. Liverpool  lawan Guandong ada plak siaran langsung...pelik laaaa. Promo kat tv bukan main hebat lagi, Gua dah tak teruja nak tengok bola team Malaysia lawan team epl lepas ni. Apa pun keputusannya tak kisah la, sebab ianya 'terlalu ekslusif' untuk ditonton secara live di tv oleh peminat bolasepak Malaysia. Malaysia menang 10-0 pun lantak laa.....

Monday 4 July 2011

Taiwan vs Malaysia

Perlawanan timbal balik Taiwan vs Malaysia ni boleh dikatakan sangat menghiburkan dan baik untuk dijadikan pengajaran kepada pasukan Malaysia. Tiga sepakan penalti yang diberikan oleh pengadil kepada pasukan Taiwan hampir memusnahkan harapan pasukan Malaysia. Bagi gua, keputusan pengadil memberikan sepakan penalti ada asasnya, sepatutnya pemain Malaysia fokus dan PEKA dengan taktik Taiwan yang sengaja mencari kesalahan pemain Malaysia dalam kotak penalti Malaysia. Insiden yang pertama melibatkan Mahali tidak begitu jelas tetapi mungkin tindakan reflex Mahali menyebabkan pemain Taiwan jatuh. Kedua, dimana Fadhli Shas menarik pemain Taiwan memang jelas  kelihatan dan pengadil tiada pilihan melainkan memberi sepakan penalti. Insiden ketiga ni memang menarik perhatian gua sebab pemain Taiwan memang jelas menanti penjaga gol keluar dan merempuhnya. Walaupun ulang tayang menunjukkan ianya sekadar sedikit sentuhan, tetapi di padang tiada ulang tayang, pengadil terpaksa memberikan keputusan dan insiden itu boleh dikatakan 50-50, ada pengadil akan memberikan penalti dan ada yang tidak jadi ianya sangat subjektif. Keputusan penjaga gol untuk keluar dan melakukan sedikit rempuhan bukanlah pilihan yang bijak kerana masih ada dua pertahanan Malaysia disitu dan insiden serupa ini selalunya adalah 50-50. Tetapi, walaubagaimanapun, pemain Malaysia patut mendapat pujian kerana berhempas pulas di atas padang. Kemenangan tetap satu kemenangan dan gua harap pasukan Malaysia akan bertambah baik dan matang selepas ini.

Thursday 30 June 2011

Kelayakan Piala Dunia

Gua baru je selesai tengok Malaysia vs Taiwan tadi dimana Malaysia menang 2-1. Tahniah juga la gua ucapkan pada skuad bola negara dapat bekalan untuk dibawa ke Taiwan nanti. Walaupun begitu, gua ada sedikit kerisauan melihat bahagian defensive Malaysia, tak kira la ianya midfield atau defend. Bahagian pertahanan nampak ok, Aidil pun nampak ok tapi midfield Malaysia semasa bertahan tidak begitu menyokong atau membantu bahagian pertahanan Malaysia. Bukanlah langsung tidak menyokong tapi ianya jelas semasa Taiwan buat counter attack dimana bahagian tengah Malaysia agak lambat membantu bahagian pertahanan. Gua pun tak pasti samada Malaysia menggunakan defensive midfilder atau tidak. Nasib baik Taiwan cuma dapat 'away goal' satu sahaja. Kiranya di Taiwan nanti mereka cuma perlu menang 1-0 sahaja untuk menyingkirkan Malaysia. Walaupun begitu bahagian serangan Malaysia boleh la di puji kerana berjaya mencipta gerakan-gerakan yang menarik sehingga mendapat 2 gol. Cuma di Taiwan nanti gua harapkan Malaysia dapat menjaringkan gol dan menang.

*tak suka orang kata Malaysia menang sebab lazer

Wednesday 22 June 2011

Liverpool Chelsea Arsenal VS Malaysia

Gua sebenarnya teruja dengan kehadiran kelab-kelab EPL yang sudi datang menguji skuad bola sepak Malaysia. Pasti mereka pun mati-mati nak tau bagaimana 'kembangnya' bola sepak Malaysia yang begitu gah di laung oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya media. Kelab seperti Liverpool, Arsenal dan Chelsea akan lawan skuad terbaik Datuk Rajagopal. Persoalannya sekarang dapatkah kelab epl ni 'lauk' team Malaysia???...Gua rasa tidak akan ada tean yang kena lauk dengan teruk nanti, tak kira la yang kalah tu team Malaysia ke atau team epl sebab team epl takkan main perlawanan tu nanti untuk menang, lebih kepada fitness dan keserasian untuk musim baru sahaja. Team Malaysia pun takde masalah untuk menang nanti, epl takkan main bermati-matian untuk menang, jadi cerah la harapan kita. Lebih manis lagi Malaysia akan menjadi perlawanan persahabatan rasmi pertama manager baru Chelsea Villas Boas. Bayangkan kalau Malaysia menang, pasti team Malaysia akan dilaung dengan kata-kata pujian dari seluruh peminat bolasepak dalam dunia.....Tapi daripada memikirkan kemenangan dengan skuad epl ni, lebih baik team Malaysia menganalisis cara liverpool main, cara arsenal main dan cara chelsea main. Kalau team Malaysia dapat menganalisis perbezaan corak permainan team epl ni pun dah cukup berguna untuk bekalan masa hadapan bola sepak Malaysia...Tak Gitu!!!!  GO BOLA SEPAK!!!
 

Monday 13 June 2011

Terengganu Juara Piala FA 2011

Tahniah buat pasukan Terengganu yang menjuarai Piala FA menewaskan Kelantan 2 - 1. Memang Kelantan tak bernasib baik ditambah lagi dengan gol sendiri. Tapi bagi gua, kemenangan pasukan Terengganu adalah disebabkan oleh kekuatan mental pemain mereka sendiri lebih baik dari team Kelantan. Memang bukan mudah bangkit apabila bolos disaat Kelantan diambang kemenangan, tapi mental team Kelantan jelas lemah dimasa tambahan berlangsung dan berbeza dengan Terengganu. Kekuatan mental yang mantap memberikan mereka kekuatan tambahan sama macam cerita dragonball. Faktor keletihan memang menjadi lumrah dalam bolasepak dan pemain tidak dapat lari daripadanya, selebihnya peranan taktikal juga aspek penting dalam mana-mana final. Apa-apa pun tahniah la  dengan pasukan Terengganu yang menang, dengan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh semua pemain, mereka memang layak untuk menjulang piala FA 2011.

Thursday 9 June 2011

Chelsea Yang Terdesak

Entah laa chelsea..gua sebagai fan Man Utd sebenarnya tidak paham napa owner chelsea singkir Carlo Ancelotti. Macam mana la chelsea nak maju bila asyik tukar manager, nasib baik bukan Man Utd. Ni dah macam Real Madrid, bila gagal menang mesti ada yang kena pecat tapi tu takde hal pon bagi gua sebab gua dari dulu memang tak minat style italy main bola dan rasanya italian football style susah nak berjaya dekat EPL sebab ianya memang berlainan. Walaupun Torres dah masuk chelsea, taktikal tidak begitu meyakinkan dan kerap keciciran mata berbanding Man Utd. Pasal manager yang sesuai untuk Chelsea, ramai kata Guus Hiddink akan kembali ke Chelsea, tapi bagi gua chelsea masih ada beberapa pilihan lain yang masih relevan seperti Didier Deschamp yang membimbing Marseille. Berjaya atau tidak bergantung 100% atas bahu Manager, player juga memainkan peranan penting sebab Masa dah suntuk bagi player seperti Lampard, Drogba, Malouda dan yang lain-lain sebab usia. Satu lagi faktor adalah pembangunan player muda di Chelsea tidak sehebat seperti team lain Arsenal dan Man Utd, malah Liverpool juga sudah mula menapak untuk pemain-pemain muda.......Tapi yang paling penting, biar siapa pun yang chelsea bawa masuk.....MAN UTD tunggu di puncak liga.....

Saturday 21 May 2011

Apa Dah Jadi Arsenal

Team Arsenal gagal lagi. Gua tak tau la apa dah jadi dengan Arsenal ni. Selalunya awal-awal musim selalu gempak tapi last 5 game mesti K.O punya la dan akibatnya Arsenal tak menang apa-apa pun. Kenapa jadi camni??? apa penyebabnya??? mungkinkah Man Utd terlalu hebat??? Chelsea plak terlalu mantap buat Arsenal???....Ni la analisis gua tentang team arsenal.
1. Pemain Back up Arsenal tidak cukup mantap untuk satu liga yang panjang
2. Arsenal terlalu bergantung pada pemain key player seperti Fabregas dan Van Persie. Bila mereka ni injured, arsenal kerap keciciran mata.
Gua tak tau la camne Arsene Wenger ni susah sangat nak beli pemain yang memang berkualiti bukannya pemain muda sahaja baru nak naik. Dulu masa arsenal menang EPL, tak kalah satu musim tu pun bukannya pemain muda..Semuanya pemain yang memang dah mantap...contohnya Pires, Viera, Henry, Berkamp....Jadi nasihat gua pada arsenal... cari la pemain yang memang berpengalaman buat rotation player...tapi apa pun gua tulis dalam ni, Man Utd tetap dihati.

Tuesday 17 May 2011

Pemain Terbaik Malaysia

Kali ni gua nak story pasal pemain terbaik Malaysia dulu dan sekarang. Siapa pemain terhebat paling rockers sekali. Mokhtar Dahari, Hassan Sani, James wong, Matlan Marjan, Santokh Singh, Safee Sali atau Shebby. Bagi gua dah tentu semuanya hebat pada era masing-masing. Di Malaysia siapa yang tidak kenal dengan Mokhtar Dahari. Pemain yang digeruni di Asia. Shooting dia wa cakap lu, kalau kena muka gerenti bleh tido kat hospital jap. Memang dia pemain terhebat Malaysia pada zamannya, begitu gak dengan Santokh Singh yang begitu kebal bertahan. Gua belum jumpa lagi pemain yang ada kualiti defensive sebegitu di zaman sekarang, complete berkarisma tinggi. Bagaimana dengan Matlan Marjan, pemain era 90an, gua takkan lupa 2 gol beliau masa lawan England walaupun Malaysia kalah 4-2 time tu. Matlan memiliki teknik, kepantasan dan kawalan bola yang baik menjadikannya antara striker terbaik sepanjang zaman di Malaysia. Ni top 5 striker terbaik made in Malaysia:

1. Mokhtar Dahari
2. Matlan Marjan
3. Hassan Sani
4. James Wong
5. Azman Adnan

Sunday 15 May 2011

Bermulanya Era Pasukan Manchester

Boleh gua bayangkan bagaimana rupanya bandaraya Manchester England hari ni selepas dua team dari Manchester menang pada hari yang sama. Man Utd menang liga dan Man City plak menang FA Cup. Gua memang dengan Man Utd la kalau gua duduk england sebab tu memang team yang gua cinta sejak dulu lagi. Man Utd sah jadi juara EPL walaupon seri 0-0 dengan blackburn. Man City plak menang 1-0 dengan Stoke City. Bagi gua inilah permulaan bagi penguasaan team dari Manchester bagi semua kejohanan bola di England dan mungkin juga di Eropah suatu masa nanti sebab kekuatan kewangan mereka terutamanya Man City. Perbelanjaan yang hampir tiada limitnya di Man City disebabkan pemilik boleh meluluskan dana untuk setiap pemain star yang dihajati. Menarikya gua nak tengok camne Man City dalam Champions League musim depan. Tapi yang paling penting Man Utd juara 19 kali.....dan Barcelona, Man Utd menunggu di Wembley final Champions League.

Thursday 12 May 2011

EPL vs LA LIGA

Dua liga bolasepak paling hot di dunia dan mendapat perhatian meluas daripada orang-orang di Malaysia. Mana satu pilihan kalbu, bagi gua der, tak jauh beza antara dua liga ni. Ayuh, kita senaraikan player terbaik dari dua liga ni.

Wednesday 11 May 2011

Pemain Import Musim Depan di Liga-M

Assalamualaikum....gua nak cite skit pasal pemain import musim depan dalam liga -M ni. Gua yang sebenarnya naik hairan and pelik dengan pendirian FAM ni. Kejap henti pemain import kejap benar, macam main tarik tali plak. Harap-harap lepas ni tiada lagi benda pelik jadi. Bukan apa, gua tengok Liga M ni tak berkembang dengan sempurna bila takde pemain import. Rasanya, seru dah sampai la pemain-pemain tempatan kita berani berdaya saing dengan pemain luar supaya kita tahu tahap kemampuan kita dibandingkan dengan pemain asing. Kalau tidak, camtu je la kejadian bolasepak kita, emas sukan SEA dan Piala AFF Suzuki, tak boleh mengharap pencapaian lebih baik dari dua kejohanan tu sebab kita memang tak mampu. Sebab tu bila Malaysia menang piala AFF Suzuki, gua takde la gembira sangat sampai nak mencanang satu Malaya style Mami Jarum sebab kita cuma mengulangi kejayaan tu bukannya baru memenangi. Kita tak boleh lagi mengharap setakat sukan sea dan piala AFF Suzuki, kalau tak setakat tu la pencapaian kita. Tapi dengan adanya pemain import di Malaysia, gua yakin kita boleh meningkat kalau pemain muda kita berani bersaing dan jurulatih memberi ruang kepada pemain tempatan untuk merebut tempat. Liga-M adalah akar umbi kepada bolasepak Malaysia....

Monday 9 May 2011

Cari Pasal Ngan Bola

Ni la hari yang istemewa buat bola Malaysia dan international sebab gua nak try test cuba bidang blog ni. Pasal bola plak tu. Gua ni sebenarnya rockers beb...tapi rockers pun dalam hati ada bola, taman pon ada la skit....yang penting sekarang ni korang akan bersama dengan gua selama-lamanya untuk sembang pasal bola.Hahahahahhaa(gelak macam org jahat cite hindustan).

*opps....rockers tak tgk hindustan!!! kantoiii