Saturday 29 October 2011

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011

Di Stadium Shah Alam Negeri Sembilan mencipta kejuaraan Piala Malaysia 2011 menewaskan Terengganu 2-1. Sekali lagi Hai-O menjaringkan gol kemenangan untuk Negeri Sembilan setelah ketinggalan hasil jaringan Muhammad Asaari Samsudin. Kemudiannya disamakan oleh Kunalan dibantu oleh kesilapan penjaga gol Terengganu Sharbinee yang gagal menangkap bola hantaran yang biasa sahaja dari Kunalan. Kesilapan sebegini patutnya tidak berlaku tambah lagi pada final. Pastinya Sharbinee akan mengenang kesilapan ini yang terburuk dalam kariernya. Satu lagi faktor yang mempengaruhi permainan adalah keadaan padang Stadium Shah Alam yang tidak banyak perubahan. Ianya masih 'ngeri' terutamanya di kawasan tengah padang dan keadaan padang yang teruk ini banyak mengganggu permainan. Rasanya kita boleh menyaksikan permainan yang lebih berkualiti dari apa yang kita saksikan pada final kali ini kalau padang itu lebih rata dan bukannya seperti 'bolasepak pantai'. FAM patut lebih peka dengan isu ini barulah berbaloi dengan kenaikan harga tiket. Apa pun tahniah buat Negeri Sembilan!!

No comments:

Post a Comment