Tuesday 21 May 2013

Bolasepak Malaysia Terbaik.....Benarkah Begitu????


Inilah yang menjadi topik perbualan peminat bolasepak seluruh Malaysia. Mahukan perubahan menyeluruh dengan harapan ianya dapat meningkatkan corak permainan bolasepak negara kearah lebih global. Sebelum ini kita cuma berkisar sekitar asia tenggara sahaja. Kini bila kita cuba menjelajah kearah prospek lebih luas iaitu asia dan eropah, sangat nyata yang Malaysia masih jauh ketinggalan. Keputusan demi keputusan meletakkan Malaysia ke ranking yang lebih teruk dalam sejarah. Skuad Ong Kim Swee yang mencari pengalaman di sekitar eropah mengalami kekalahan demi kekalahan..tetapi itu skuad muda..

Skuad Rajagobal pula sedang berehat ketika ini. Tidak banyak perlawanan persahabatan. Pemain masih menumpukan liga M. Boleh dijangkakan yang tidak banyak perubahan pada skuad kebangsaan kita pada tahun ini. Dari segi pemilihan pemain pun rasanya tidak akan berubah banyak..Rajagobal tidak banyak pilihan dari sudut pemain. Cuma mungkin mengharapkan skuad dari Ong Kim Swee berjaya melahirkan pemain berkelas tinggi. Sedikit harapan kepada pemain yang beraksi di Jepun. Diharap akan menjadi pemain berstatus 'worldclass' dari Malaysia yang boleh membantu pemain-pemain muda negara melonjakkan prestasi mereka. Liga kita boleh meningkat bersama. Jepun berjaya meningkat, Korea berjaya meningkat tapi Malaysia meningkat tidak segagah mereka walhal kita setaraf mereka dahulu. Kadang-kadang kita tidak faham kenapa ini berlaku??..Kenapa kita tidak boleh meningkat seperti mereka??..apa yang menghalang kita sebenarnya??..apa lagi yang boleh kita lakukan untuk menjadi kuasa bolasepak yang hebat??..Cukupkah yang kita lakukan sekarang ini??.....FAM tolonglah sedar!!!!

Saturday 9 February 2013

Sesungguhnya Bolasepak Malaysia Perlukan Revolusi Besar-Besaran

Tahun 2013 baru sahaja masuk bulan Febuari tetapi banyak 'benda' yang berlaku khususnya bolasepak Malaysia. Isu kelayakan Piala Asia dan Nazmi Faiz mendominasi sembang kaki-kaki bola di Malaysia tidak kiralah samada diSemenanjung Malaysia atau Sabah dan Sarawak mahupun rakyat Malaysia diluar negara. Sejak kita menjuarai pingat emas Sukan Sea dua edisi yang lalu dan sekali Aff Suzuki Cup, bolehlah kita menilai secara keseluruhan apa yang berlaku dalam bolasepak di Malaysia ini. Untuk peringkat antarabangsa, kita tidak boleh lagi memandang setakat asia tenggara sahaja. Pandanglah skop yang lebih luas tanpa rasa gentar dan rendah diri bahawa kita ini kecil. Isu ini tidak melibatkan skuad Harimau Malaya sahaja, juga FAM dan Liga Tempatan di Malaysia. Adakah pendapat ini benar bahawasanya Liga Malaysia gagal melahirkan pemain bertaraf antarabangsa yang benar-benar konsisten??...Liga-liga bertaraf dunia diluar sana melahirkan pemain-pemain muda yang 'matang' corak permainannya dan ianya seawal usia belasan tahun lagi. Liga mereka benar-benar berjaya menjana pemain yang berkebolehan tinggi. Berbeza di Malaysia, terpaksa mengharapkan skuad khas dibentuk seperti Harimau Muda dan sebagainya. Bukanlah bermaksud yang skuad itu tidak bagus atau tidak berjaya tapi maksudnya disini ialah pasukan negeri atau kelab haruslah mengambil peranan juga dalam melahirkan pemain muda yang cepat 'matang' dan bertaraf antarabangsa. Harus ada Akedemi Bolasepak untuk pemain-pemain muda seawal usia 12tahun mungkin bagi setiap pasukan negeri atau berstatus kelab.
Usaha FAM untuk meningkatkan taraf Liga Malaysia juga boleh dipuji dan boleh diperhalusi lagi. Dasar-dasar yang boleh menghalang pembangunan atau pilih kasih seharusnya di buang terus dari perlembagaan FAM. Kita ada POTENSI besar untuk mencapai taraf asia tetapi sepertinya ada sesuatu yang menghalang kita daripada mencapai peringkat itu.
Untuk skuad Harimau Malaya, jurulatih perlukan perubahan corak permainan kalau mahu bersaing pada peringkat asia. Terkeliru dengan komen jurulatih yang berpuas hati dengan persembahan itu. Kalah tetap kalah. Kita tidak boleh terus berpuas hati kalau kalah. Menang adalah yang kita mahu....See yaaaa.. Nanti sambung lagi............