Saturday 28 April 2012

Pep Guardiola Tinggalkan Barcelona

Jurulatih Barcelona Pep Guardiola akan meninggalkan pasukan itu pada akhir musim ini. Itulah keputusan yang diambil oleh beliau setelah mengharungi banyak kejayaan bersama Barcelona. Penolongnya ketika ini Tito Vilanova akan mengambil alih peranan Guardiola pada musim hadapan. Berita ini nampaknya mengejutkan ramai pihak walaupun sebelum ini diberitakan beliau adalah sasaran utama Chelsea, tapi tiada siapa menyangka Guardiola membuat keputusan secepat ini. Untuk masa hadapan beliau beberapa khabar angin sudahpun bertiup kencang, banyak kelab berminat terhadap beliau, Inter Milan masih mencari kejayaan seperti yang dikecapi oleh Jose Mourinho. Chelsea masih belum mempunyai jurulatih tapi Di Matteo sangat memberangsangkan sebagai jurulatih sementara ketika ini. Reputasi besar Guardiola pasti akan menenggelamkan Roberto Di Matteo. Menjadi jurulatih England juga satu pilihan buat beliau. Ianya masih kosong tapi nama Harry Redknapp paling lantang disebut untuk posisi itu.
Sebenarnya banyak lagi termasuklah Man City dan Man Utd. Tidak mustahil Guardiola ke Man City andai pemilik City mahu membuat perubahan walaupun beberapa minggu lalu pihak pengurusan City memberi jaminan kepada Roberto Mancini. Untuk ke Manchester United pula, sekiranya Sir Alex bersara barulah akan ada perubahan pada jurulatih Man Utd. Apapun kita sama-sama tunggu dan lihat ke mana destinasi beliau selepas ini......Pep Guardiola dikatakan mampu membawa impak yang besar kepada pasukan yang akan disertainya. Kalau beliau ke EPL maka saingan EPL lebih sengit dari LA LIGA dengan kehadiran lebih banyak pasukan besar. Kalau ke SERIE A maka disana terdapat Inter Milan, Ac Milan dan Juventus untuk menggegar. Begitu juga dengan pasukan yang lain termasuk kalau beliau memilih untuk menjadi Jurulatih kebangsaan....so Good Luck!!!!!!!!!!!!!

Thursday 26 April 2012

Gergasi Spain Tumbang

Sangat dramatik......itulah yang boleh disimpulkan terhadap nasib dua kelab gergasi dari Sepanyol di UCL. Barcelona tumpas dengan aggreget 2-3 kepada Chelsea manakala Real Madrid pula kalah pada situasi sepakan penalti kepada Bayern Munich. Pilihan utama dan juga juara bertahan Barcelona menguasai keseluruhan perlawanan baik di Stanford Bridge atau di Nou Camp tetapi tidak ampuh bertahan. Taktik serangan balas pantas yang digunakan Chelsea berkesan mencuri ruang untuk menjaringkan gol-gol penting. Pemain seperti Drogba dan Lampard memainkan peranan yang penting dan nyata pengalaman mereka merupakan kunci kepada permainan menentang kelab seperti Barcelona dan bagi Barcelona pula sudah pasti bahagian pertahanan akan di beri perhatian khusus pada musim depan dan juga pasti ada pemain baru nanti. Berlainan sedikit dengan Real Madrid, mereka menang pada perlawanan timbal balik tetapi tidak bernasib baik pada sepakan penalti. Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol penting bagi Real Madrid tetapi gagal pada sepakan penalti. Walaubagaimanapun, tahniah pada Chelsea dan Bayern Munich, kedua-dua pasukan ini tidak memenangi Liga masing-masing tetapi hebat di UCL. Final akan berlangsung pada 19 May 2012 nanti di Allianz Arena, German dan istimewanya Bayern Munich akan bermain di stadium sendiri. So, good luck laa pada Chelsea, nampaknya pengurus sementara Roberto Di Mateo pasti akan dipertimbangkan untuk jawatan tersebut andai menang di Final......

Thursday 12 April 2012

Ranking Malaysia Jatuh Lagi!!!!

Senarai yang dikeluarkan oleh FIFA menyaksikan Malaysia jatuh teruk ke tangga ke-156 daripada 205 negara. Nampaknya tugas ini semangkin sukar bagi FAM dan juga jurulatih K.Rajagobal. Situasi ini dikatakan kerana Malaysia kurang perlawanan persahabatan antarabangsa. Setahu kita semua, setakat ini memang tiada satupun perlawanan persahabatan Malaysia yang memberangsangkan. Malah mengikut senarai tersebut pasukan seperti Bangladesh juga berada diatas Malaysia walaupun bolasepak bukanlah sukan utama negara mereka. Ini merisaukan, dikala ramai mahu menyaksikan ranking Malaysia berada lebih baik dari hari ke hari tapi apakan daya 'hujan ditengah hari'. Mengapa FAM tidak mahu mengatur lebih banyak perlawanan persahabatan antarabangsa??? mungkin salah satu sebabnya adalah tidak mahu menggangu Liga yang berlangsung dan jadual perlawanan yang padat dengan perlawanan. Kalau begitu FAM harus mengkaji semula jadual Liga Malaysia  musim hadapan agar lebih banyak ruang untuk perlawanan pasukan kebangsaan dapat diselit. Rancanglah perlawanan persahabatan antarabangsa dengan konsisten tapi berpada-pada. Tak salah mendengar kritikan dari orang lain kalau ianya untuk kebaikan bolasepak negara.    

Wednesday 11 April 2012

Arsenal Kembali Ke Malaysia 2012

Skuad Arsenal akan kembali ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan dengan skuad Malaysia pada julai 2012 nanti. Arsenal yang akan mengadakan siri perlawanan persahabatan di asia akan menentang Malaysia termasuk beberapa lagi pasukan negara lain seperti kelab dari Hong Kong dan Singapura. Seperti juga sebelum ini, peluang sebegini pasti digunakan oleh kem Malaysia mencari pengalaman berharga dan peminat juga dapat menyaksikan aksi permainan Arsenal. Tetapi masihkah semua ingat pada tahun lepas?? ramai yang kecewa bila tiada siaran langsung dari mana-mana stesen tv negara. Yang ada cuma siaran ulangan. Ramai yang kecewa...Harap-harap tidak berlaku lagi musim ini kalau tidak mungkin selepas ini tidak payahlah jemput pasukan-pasukan yang sangat eksklusif untuk ditonton oleh semua orang.

Tuesday 10 April 2012

Mancini Hilang Sabar Dengan Balotelli

Perlawanan EPL pada ahad yang lalu menyaksikan Arsenal menewaskan Man City 2-1 yang mana Mario Balotelli dikenakan kad merah berikutan terjahan keras keatas Alex Song. Mancini jelas berang dengan tindakan itu dan kekecewaannya berterusan kerana Mancini memberikan isyarat yang mana Mario Balotelli boleh meninggalkan kem Man City pada musim perpindahan pemain nanti. Balotelli akan berdepan dengan penggantungan dan berkemungkinan akan terlepas keseluruhan baki permainan musim ini. Isunya disini ialah Mancini hilang sabar dengan masalah yang sering timbul akibat daripada Balotelli dan kalaupun beliau tidak digantung keseluruhan baki perlawanan, Mancini mungkin tidak akan menurunkan beliau lagi untuk bermain. Nampaknya keadaan ini bertambah sukar bagi Man City yang ketinggalan 8 mata di belakang Man Utd untuk mengejar kejuaraan EPL. Walaupun bermula dengan cermelang pada awal musim tapi 10 perlawanan terakhir ini adalah detik yang paling sukar. Siapa yang konsisten bermain dengan baik berpeluang mengumpul mata maksimum dan begitu juga sebaliknya. Selalunya masalah pemain yang keletihan, penggantungan dan kecederaan dalam pasukan adalah menjadi penentu kepada kejuaraan.

Saturday 7 April 2012

Eropah Milik Sepanyol

Mungkinkah kelab Sepanyol akan menguasai eropah musim ini. Dalam Champions League, Barcelona dan Real Madrid dikatakan akan ke Final. Manakala dalam Europa League pula 3 daripada 4 pasukan ke semi-final adalah kelab dari Sepanyol. Berdasarkan perkembangan semasa dan corak permainan mereka, memang kelab dari Sepanyol ini sangat tinggi peluangnya. Tapi, harus diingat masih ada Chelsea dan Bayern Munich dalam Champions League atau Sporting Lisbon dalam Europa League. Pasukan seperti ini boleh mengejutkan mana-mana gergasi Sepanyol dalam semi-final. Jadi, kita tunggu dan lihatlah mana pasukan yang akan ke Final. Dan satu lagi.....iaitu Euro 2012 yang akan menjelang, pasukan Sepanyol iaitu juara bertahan adalah pilihan untuk menang tetapi kali ini mereka tidak mustahil untuk dikalahkan.....