Sunday 27 November 2011

Malaysia Tewas Kepada Bahrain...Kelekaan, keletihan atau Kecederaan???

Apa dah jadi Harimau muda??? apa jadi ni.....Pada separuh masa pertama Malaysia mendahului 1-0 jaringan Nazmi. Selepas itu, Malaysia nampak yakin dengan corak permainan mereka. Masuk masa kedua, Bahrain menerima kad merah kerana kekasaran yang dilakukan dan hasilnya tidak lama selepas itu Malaysia menjaringkan gol kedua melalui Mahali Jasuli. Mendahului 2-0 menyebabkan Pasukan Malaysia terleka terutamanya bahagian tengah, ditambah lagi dengan masalah kecederaan, Malaysia bolos 3 gol dalam masa enam minit. Malah gol ke-3 Bahrain dijaringkan tak sampai seminit pun selepas gol ke-2. Agak sedih juga melihat apa yang terjadi. Menentang pasukan seperti Bahrain, ditambah lagi ini adalah Pra Olimpik, kita tidak boleh leka walaupun mendahului 2-0. Walau apapun terjadi, fokus kena 90 minit permainan kalau tidak kita akan dihukum sekelip mata. Mungkin pemain masih keletihan atau belum pulih sepenuhnya, tapi melihat  kita tewas setelah mendahului 2-0, memang sedih. Mimpi diulit emas sudah berakhir, sekarang kita harus pandang kehadapan dan teruskan berjuang. Kepada penyokong, tiada apa yang boleh kita lakukan selain menyokong pasukan kita. Kalau tak siapa lagi!!!

Friday 25 November 2011

Pesanan Buat Sir Alex Ferguson

Kita jenguk jap ke Old Trafford. Squad Man Utd nampaknya masih 'longlai'. Belum bangkit sepenuhnya. Keputusan sekadar seri pada saingan peringkat kumpulan UCL dengan Benfica beberapa hari lalu nyata tidak menggambarkan siapa Man Utd yang sebenarnya. Jadi, apa yang diperlukan ialah pemain baru, khususnya pada bahagian tengah. Walaupun bahagian tengah, mereka ada Anderson, Carrick, Fletcher atau yang lain-lain, ianya masih memerlukan seorang pemain yang matang dan berstatus 'bintang'. Sebelum ini, Wesley Sneijder dikatakan akan bersama Man Utd tapi terhalang kerana gaji yang terlalu tinggi yang mungkin akan diminta oleh beliau. Selepas itu, tiada apa-apa perkembangan terhadap isu ini. Adakah Man Utd tidak dapat mancari pemain lain. Siapa agaknya pemain yang sesuai untuk Man Utd pada musim perpindahan Januari ni?? Modric, De Rossi atau siapa pun yang penting Man Utd mesti lakukan sesuatu untuk dapatkan kembali rentak kemenagan dan corak permainan yang cantik kalau tidak, Man Utd takkan pergi jauh untuk musim ini.

Wednesday 23 November 2011

Malaysia vs Syria Kelayakan Pra Olimpik

Keputusan kelayakan Pra Olimpik tadi menyaksikan Malaysia tewas kepada pasukan Syria ( 0-2 ). Kekalahan kedua pasukan Malaysia boleh la di katakan, ianya berpunca daripada beberapa faktor utama iaitu:
1. Keletihan kerana terpaksa bermain semula dalam tempoh yang singkat.
2. Kegagalan pemain bahagian hadapan yang tidak berfungsi dengan baik.
3. Kesilapan mudah yang menyebabkan pemain Syria menguasai bola.
Mungkin ada lagi tapi gua simpan dalam hati je la....Nampak seperti kita kekurangan posisi penyerang kerana nyata kita bermasalah menyudahkan peluang yang terhidang. Samada Ong Kim Swee akan menambah pemain penyerang atau memperbaiki kualiti penyerang yang sedia ada, itu terpulang kepada beliau, yang pasti sesuatu perlu dilakukan untuk menambah 'peluru' dibahagian hadapan. Tapi, semangat pemain negara sebentar tadi boleh di puji. Bukan mudah bermain semula dalam perlawanan kompetetif dengan masa yang cukup terhad untuk pulih sepenuhnya. Apapun, ahad nanti Malaysia akan menentang Bahrain pula. Kedua-dua pasukan belum lagi memperoleh sebarang mata, jadi perlawanan ini pasti akan menjadi medan pertembungan yang penting untuk menghidupkan peluang masing-masing untuk layak.   

Tuesday 22 November 2011

Harimau Malaya Tumbangkan Garuda pada Final Sukan Sea 2011

Final Sukan Sea 2011 antara Malaysia vs Indonesia berlangsung hangat. Tamat 90 minit, perlawanan terikat 1-1, dan pada separuh masa pertama jelas milik Malaysia tetapi pada separuh masa kedua pula dikuasai oleh Indonesia. Secara keseluruhannya satu perlawanan yang boleh dikatakan seimbang dimana kedua-dua pasukan saling serang-menyerang. Malaysia memiliki beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol khususnya oleh Fakri Saarani dan Asra tetapi sekali lagi di sia-siakan. Akhirnya, sepakan penalti jadi penentuan siapa memiliki emas Sukan Sea 2011. Keputusan sepakan penalti Malaysia 4 Indonesia 3. Memang mendebarkan sepakan penalti sebentar tadi, apatah lagi selepas Fakri Saarani gagal dalam sepakannya, mujur Khairul Fahmi cemerlang menyelamatkan sepakan penalti Indonesia. Bagi gua, pemain terbaik final ini adalah kapten Malaysia Baddrol Bakhtiar yang bermain baik selama 120 minit dan pasukan Malaysia adalah satu-satunya pasukan yang tidak kalah sepanjang kempen Sukan Sea 2011 bagi acara bolasepak. Nampaknya 'IBU pingat' akan terus berada di Malaysia untuk dua tahun lagi. Tahniah Harimau Muda!!

Saturday 19 November 2011

Final Sukan Sea 2011 Malaysia vs Indonesia

Perlawanan separuh akhir sebentar tadi berakhir dengan kemenangan pada pasukan pilihan. Malaysia menewaskan Myanmar 1-0 jaringan Fakri Saarani dan Indonesia pula menewaskan Vetnam 2-0. Pasukan Myanmar dilihat memberikan tentangan yang hebat pada pasukan Malaysia dan mereka juga menghasilkan beberapa peluang menjaringkan gol tetapi berjaya dihalang oleh Fahmi. Secara keseluruhannya Malaysia bermain baik tapi perlu lebih 'tajam' di final nanti. Indonesia pasti menggunakan kesemua kelebihan sebagai tuan rumah untuk memenangi final nanti dan diharap Malaysia kekal fokus dan bermain dengan mantap di setiap inci padang, pasti kita boleh menang walaupun akan menentang Syria sehari selepas itu untuk kelayakan olimpik pula. Kita hampir pasti akan menaiki kereta perisai sekali lagi, yang penting itu bukan penghalang kalau mahukan kejayaaan emas Sukan Sea 2011.

Thursday 17 November 2011

Malaysia vs Indonesia Peringkat Kumpulan A

Perlawanan terakhir kumpulan A menemukan MAS vs INA tadi menyaksikan pasukan Malaysia menewaskan Indonesia 1-0. Indonesia yang merehatkan beberapa pemain utama mereka dilihat menguasai permainan tapi terlepas peluang menjaringkan gol sepanjang 90 minit permainan. Sementara itu Malaysia bernasib baik dapat menjaringkan gol pada babak pertama (lupa lak nama permain score tadi). Tapi yang menjadi perhatian gua dalam permainan tadi adalah bagaimana Izzaq Fariz terlepas banyak peluang untuk menjaringkan gol. Sentuhan pertama (first touch) beliau perlu diperbaiki lagi kerana sebagai pemain penyerang terlepas peluang sebegitu merugikan keseluruhan pasukan, negara dan peminat yang menyokong. Selepas ini, Malaysia sebagai juara kumpulan A akan bertemu dangan naib juara kumpulan B iaitu Myanmar di separuh akhir dan Indonesia pula akan menentang Vetnam. Diharap selepas ini,  masalah sebegini tidak akan berlaku lagi. Amat rugi peluang di lepaskan kerana masalah sentuhan pertama yang tidak tepat. 

Wednesday 9 November 2011

Kemenangan Pertama Malaysia Di Sukan Sea 2011

Kemenangan Malaysia keatas Thailand ( 2-1 ) sebentar tadi mencerahkan peluang pasukan bolasepak Malaysia untuk layak ke pusingan seterusnya. Kemenangan ini penting untuk Malaysia kerana seperti yang kita ketahui lawan dalam kumpulan ini sangat kuat dan tidak boleh tercicir sebarang mata pun. Walaupun begitu, analisis perlawanan menentang Thailand tadi 'sedikit membimbangkan' kerana Malaysia mensia-siakan deretan peluang keemasan di depan gol. Kalau di hitung kesemua peluang, pasti kita menang selesa tapi yang berlaku sebaliknya. Walaupun menang, berada dalam kumpulan yang seperti ini, kelebihan jaringan sangat penting dan pasukan Malaysia mensia-siakannya. Harap Malaysia melakukan lebih baik di depan gol selepas ini. Walaubagaimanapun, tahniah kerana menang keatas Thailand, kita bermain lebih baik dan mencipta peluang cuma.......Harap selepas ini rentak kemenangan akan dikekalkan.