Tuesday 21 May 2013

Bolasepak Malaysia Terbaik.....Benarkah Begitu????


Inilah yang menjadi topik perbualan peminat bolasepak seluruh Malaysia. Mahukan perubahan menyeluruh dengan harapan ianya dapat meningkatkan corak permainan bolasepak negara kearah lebih global. Sebelum ini kita cuma berkisar sekitar asia tenggara sahaja. Kini bila kita cuba menjelajah kearah prospek lebih luas iaitu asia dan eropah, sangat nyata yang Malaysia masih jauh ketinggalan. Keputusan demi keputusan meletakkan Malaysia ke ranking yang lebih teruk dalam sejarah. Skuad Ong Kim Swee yang mencari pengalaman di sekitar eropah mengalami kekalahan demi kekalahan..tetapi itu skuad muda..

Skuad Rajagobal pula sedang berehat ketika ini. Tidak banyak perlawanan persahabatan. Pemain masih menumpukan liga M. Boleh dijangkakan yang tidak banyak perubahan pada skuad kebangsaan kita pada tahun ini. Dari segi pemilihan pemain pun rasanya tidak akan berubah banyak..Rajagobal tidak banyak pilihan dari sudut pemain. Cuma mungkin mengharapkan skuad dari Ong Kim Swee berjaya melahirkan pemain berkelas tinggi. Sedikit harapan kepada pemain yang beraksi di Jepun. Diharap akan menjadi pemain berstatus 'worldclass' dari Malaysia yang boleh membantu pemain-pemain muda negara melonjakkan prestasi mereka. Liga kita boleh meningkat bersama. Jepun berjaya meningkat, Korea berjaya meningkat tapi Malaysia meningkat tidak segagah mereka walhal kita setaraf mereka dahulu. Kadang-kadang kita tidak faham kenapa ini berlaku??..Kenapa kita tidak boleh meningkat seperti mereka??..apa yang menghalang kita sebenarnya??..apa lagi yang boleh kita lakukan untuk menjadi kuasa bolasepak yang hebat??..Cukupkah yang kita lakukan sekarang ini??.....FAM tolonglah sedar!!!!

Saturday 9 February 2013

Sesungguhnya Bolasepak Malaysia Perlukan Revolusi Besar-Besaran

Tahun 2013 baru sahaja masuk bulan Febuari tetapi banyak 'benda' yang berlaku khususnya bolasepak Malaysia. Isu kelayakan Piala Asia dan Nazmi Faiz mendominasi sembang kaki-kaki bola di Malaysia tidak kiralah samada diSemenanjung Malaysia atau Sabah dan Sarawak mahupun rakyat Malaysia diluar negara. Sejak kita menjuarai pingat emas Sukan Sea dua edisi yang lalu dan sekali Aff Suzuki Cup, bolehlah kita menilai secara keseluruhan apa yang berlaku dalam bolasepak di Malaysia ini. Untuk peringkat antarabangsa, kita tidak boleh lagi memandang setakat asia tenggara sahaja. Pandanglah skop yang lebih luas tanpa rasa gentar dan rendah diri bahawa kita ini kecil. Isu ini tidak melibatkan skuad Harimau Malaya sahaja, juga FAM dan Liga Tempatan di Malaysia. Adakah pendapat ini benar bahawasanya Liga Malaysia gagal melahirkan pemain bertaraf antarabangsa yang benar-benar konsisten??...Liga-liga bertaraf dunia diluar sana melahirkan pemain-pemain muda yang 'matang' corak permainannya dan ianya seawal usia belasan tahun lagi. Liga mereka benar-benar berjaya menjana pemain yang berkebolehan tinggi. Berbeza di Malaysia, terpaksa mengharapkan skuad khas dibentuk seperti Harimau Muda dan sebagainya. Bukanlah bermaksud yang skuad itu tidak bagus atau tidak berjaya tapi maksudnya disini ialah pasukan negeri atau kelab haruslah mengambil peranan juga dalam melahirkan pemain muda yang cepat 'matang' dan bertaraf antarabangsa. Harus ada Akedemi Bolasepak untuk pemain-pemain muda seawal usia 12tahun mungkin bagi setiap pasukan negeri atau berstatus kelab.
Usaha FAM untuk meningkatkan taraf Liga Malaysia juga boleh dipuji dan boleh diperhalusi lagi. Dasar-dasar yang boleh menghalang pembangunan atau pilih kasih seharusnya di buang terus dari perlembagaan FAM. Kita ada POTENSI besar untuk mencapai taraf asia tetapi sepertinya ada sesuatu yang menghalang kita daripada mencapai peringkat itu.
Untuk skuad Harimau Malaya, jurulatih perlukan perubahan corak permainan kalau mahu bersaing pada peringkat asia. Terkeliru dengan komen jurulatih yang berpuas hati dengan persembahan itu. Kalah tetap kalah. Kita tidak boleh terus berpuas hati kalau kalah. Menang adalah yang kita mahu....See yaaaa.. Nanti sambung lagi............

Saturday 15 December 2012

Malaysia Tewas Di Separuh Akhir

Malaysia vs Thailand...dua separuh akhir ini menceritakan segala-galanya buat skuad Malaysia pada kejohanan kali ini. Semua tau keputusannya. Walaupun isu pengadil yang selalu membuat keputusan berat sebelah ada kebenarannya tapi secara keseluruhannya keupayaan teknikal dan kreativiti pemain masih boleh dipertingkatkan lagi. Begitu pahit mendengar komen jurulatih Thailand selepas perlawanan semalam dan kita harus belajar dari pengalaman ini.
Secara jujurnya bahagian yang paling kritikal dalam skuad Malaysia pada ketika ini adalah Bahagian MIDFIELD..Kita jauh ketinggalan berbanding pasukan-pasukan lain. Boleh dikatakan hampir kesemua gol yang dijaringkan oleh pasukan Malaysia bukan dari bahagian tengah. Disamping itu beberapa kesilapan mudah yang kerap berlaku seperti hantaran tidak tepat, sentuhan pertama bola teruk dan banyak lagi juga WAJIB diperbaiki.
Satu lagi, diharap selepas ini Malaysia lebih berpandangan jauh. kedudukan ranking juga penting dilihat. Maksudnya kalau kita mahu ranking berkedudukan baik, kita harus bermain baik setiap perlawanan dan juga tahap konsisten yang tinggi. Kalau kita sentiasa berada pada tahap terbaik, kejohanan seperti Piala AFF ini pasti boleh di didominasi dengan selesa.

kkkk....nti kita sambung lagi!!!! banyak analisis bola berkenaan pasukan Malaysia selepas ini

Saturday 1 December 2012

Lagi Piala AFF Suzuki 2012

Malaysia 2 vs Indonesia 0

Malaysia layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 setelah menang keatas Indonesia di Bukit Jalil sebentar tadi. Perlawanan berlangsung seimbang dimana kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tetapi Malaysia bermain baik terutamanya disebelah kanan. Mahali Jasuli nyata mencuri tumpuan pada perlawanan ini apabila gerakan dan hantaran beliau menghasilkan gol. Secara  jujurnya Malaysia menampilkan peningkatan dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan sudah semestinya mereka mesti memperbaiki mana-mana kekurangan. Sebenarnya gua agak takut gak melihat Malaysia bermain secara bertahan sejak masa kedua bermula. Nasib baik bahagian tengah dan pertahanan Malaysia padat sehingga menyukarkan pemain lawan. Apapun Tahniah buat pasukan Malaysia tetapi selepas ini mereka akan menentang Thailand. Pasukan yang dianggap pilihan untuk menang kali ini. Tidak ada ruang untuk kesilapan mudah (schoolboy error). Permainan akan dilangsungkan secara timbal balik (tempat sendiri dan tempat lawan) dan adalah penting untuk pemain tidak dilayangkan lebih kad kuning sehingga tidak dapat bermain untuk perlawanan seterusnya. Kita tengoklah apa akan jadi nanti!!!!...GO!

*Agak terkejut Vietnam tidak layak!!

Monday 26 November 2012

Piala AFF Suzuki 2012

Malaysia Lwn Singapura

Pasti ramai yang sudah menyaksikan perlawanan pertama Malaysia pada Piala AFF Suzuki 2012, emmm....rata-rata reaksi balas peminat tidak puas hati terhadap kekalahan 0-3 tersebut. Apa yang boleh dikata disini, peminat berhak menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Kekalahan itu memang tidak dijangka. Datuk K.Rajagobal sudah diberi ruang seluas-luasnya untuk mencari pemain dan menguji mereka. Memanglah ada yang mengatakan pada edisi AFF 2010 Malaysia juga mengalami kekalahan 5-1 pada Indonesia. Persoalannya adakah ianya akan berulang sekali lagi??.....Hendak diingatkan pasukan pada edisi kali ini agak berlainan. Contohnya Filipina yang telah menggunakan ramai pemain luar yang di neutralisasikan (kalau salah eja soriiiii laaa), begitu juga laa dengan Singapura dan Indonesia. Sementara itu pasukan seperti Vetnam dan Thailand nampak bersedia dengan baik. Menentang Singapura semalam jelas menampakkan kelemahan taktikal pasukan Malaysia. Mereka masih menampilkan corak permainan yang sama dengan perlawan persahabatan yang lepas dan Datuk K.Rajagobal pula seperti takut untuk merubah taktikal pasukan. Kelemahan pada bahagian tengah seperti tidak diselesaikan dengan berkesan....Ada banyak lagi sebenarnya tapi korang senaraikanlah sendiri. Walaubagaimanapun, peluang untuk layak masih terbuka selepas Indonesia seri dengan Laos...Adakah sejarah akan tertulis yang mana Juara dan naib Juara edisi lepas gagal layak untuk edisi kali ini??????......Kita tunggulah apa yang akan jadi nanti...

Sunday 22 July 2012

Cerita Pasal Bola!!!!!

Lama tak update blog ni....lantaran kesibukan dan kemalasan yang melanda diri maka terbiarlah blog gua ni. Tapi sekarang gua nak cerita banyak benda berkenaan dengan isu-isu yang berlaku dalam bolasepak dalam dan luar negara. Pertama sekali, Malaysia akan menentang Arsenal dan Man City bulan ini. Tak ada apa-apa yang diharapkan daripada pertemuan ini cuma seperti juga tahun-tahun lepas menimba pengalaman sewajarnya. Tahun dulu, punyalah hangin gua bila tiada siaran langsung di tv tapi sekarang lantak laa. Gua tak peduli. Kalau kita mengharap selalunya kecewa oleh pihak yang bertanggungjawab ni jadi sekarang kalau pertemuan ni hanya untuk ditonton oleh anak bini diorang saja pun OK!!!.....

Untuk cerita antarabangsa, pastinya berita Van Persie yang enggan melanjutkan kontraknya bersama Arsenal. Beberapa kelab sudahpun menunjukkan minat seperti Juventus, Man City dan Man Utd. Kalau peminat Arsenal nak salahkan Van Persie pun tak boleh sebab ini semua adalah berpunca daripada Kem Arsenal sendiri. Semusim liga bolasepak melibatkan banyak perlawanan dan sudah semestinya kita kena konsisten walaupun pasukan mengalami kecederaan pada pemain utamanya. Kalau kita keciciran mata dengan banyak sekali maka kita tidak akan dapat mengejar pasukan-pasukan lain. So....Good Luck Arsenal!!....Untuk Van Persie cubalah join bersama  Man Utd....Dalam skuad Man City pula sudahpun terlalu banyak bekas pemain Arsenal dan bintang-bintang lain...ada Eden Dzeko, Sergio Aguero, Carlos Tevez, Mario Balotelli dan banyak lagi yang lain.

Monday 11 June 2012

Pasukan Pilihan Euro 2012

Demam Euro 2012 yang sudahpun bermula sejak jumaat lalu terus melanda negara kita. Apapun pasukan pilihan tetap menjadi perhatian kebanyakan orang. Mana yang tak pernah tengok bola pun buat pilihan pasukan yang akan menang. Sudah pastinya Sepanyol menjadi pilihan kebanyakan orang. Pasukan seperti Belanda, Jerman, Italy, Portugal, England, Perancis juga antara pilihan ramai. Tidak dinafikan Sepanyol adalah pasukan terbaik dunia ketika ini dan yang disebut-sebut akan memenangi Euro 2012, tapi pasukan seperti Jerman juga menjelmakan corak permainan yang menarik. Bagi Gua, Sepanyol kali ini tidak sekuat ketika mereka menang piala dunia dulu dan cabaran untuk menjadi juara Euro 2012 begitu terbuka untuk semua pasukan. Jadi, siapa yang akan menjadi pilihan gua untuk menang???....beginilah..gua cuma akan ramal pasukan yang ke semi-final. Ianya mungkin Spain, Jerman, Perancis dan satu lagi pasukan adalah pasukan bukan pilihan yang akan mengejutkan banyak pasukan pilihan nanti. Apapun kita enjoy tengok bola!!!!