Sunday 29 January 2012

Pemain Import Masih Suram

Melihat persembahan pemain import yang digunakan oleh kebanyakan pasukan yang bertanding di Liga Malaysia sedikit mengecewakan. Ada yang memang menyerlah seperti pemain Negeri Sembilan, ada yang masih belum serasi dengan pasukan dan ada juga yang langsung tidak menonjol. Malah sebahagian besar dari pemain import yang beraksi dalam liga Malaysia tidak mempamerkan aksi yang diharapkan. Adakah pasukan tidak menyediakan garis panduan tentang pemain yang bagaimana perlu ada dalam pasukan?? dan sekadar tangkap muat sahaja. Memang bukan mudah mencari pemain import yang berkualiti, tambahan pula liga malaysia mempunyai kadar perpindahan pemain yang kerap, jadi kena sesuaikan diri secepat mungkin dengan pasukan. Tempoh hari, gua berpeluang melihat perlawanan antara Selangor PKNS dengan Sabah. Boleh dikatakan pemain import kedua-dua pasukan masih belum cukup serasi tetapi berkemampuan melakukan sesuatu untuk pasukan masing-masing. Kita sebagai peminat cuma nakkan persembahan terbaik sahaja dipamerkan dan yang buruk harus dibuang jauh-jauh.

Tuesday 17 January 2012

Penjaga GoL Malaysia Sepanjang Zaman

Penjaga gol merupakan posisi paling penting dalam setiap pasukan bolasepak di dunia. Bagi Malaysia nama Khairul Fahmi Che Mat sering menjadi tumpuan peminat baik luar mahupun dalam padang. Tidak dinafikan Khairul Fahmi merupakan penjaga gol terbaik di Asia Tenggara, persembahan dan konsistensi beliau memang terbaik setakat ini. Memang Malaysia sering melahirkan penjaga gol yang berkualiti di asia ternggara ini sejak dulu lagi. Banyak nama-nama besar lahir dalam posisi penjaga gol di Malaysia dan boleh dikatakan kita tidak pernah putus memiliki penjaga gol yang berkualiti sejak berdekad lalu malah dari zaman Mokhtar Dahari hinggalah zaman bolasepak moden ini, Malaysia adalah antara pengeluar penjaga gol terbaik dalam saingan asia tenggara. Pada tahun 90an, nama Khairul Azman Mohammed menjadi tumpuan disamping beberapa penjaga gol lain. Sebelum itu pula, nama R.Arumugam yang digelar spiderman mencuri tumpuan sekitar tahun 70an - 80an. Begitu juga dengan nama-nama yang lain seperti Abdul Rashid Hassan. Apapun untuk tahun 2012, jika diambil kira dengan corak permainan bolasepak moden, Apek memang berada dikelasnya yang tersendiri.

Sunday 15 January 2012

Pemain Import Liga Malaysia 2012

Liga Malaysia musim 2012 yang baru sahaja bermula menyaksikan kehadiran pemain import kembali mewarnai bolasepak negara. Kehadiran mereka sudah pasti merancakkan lagi saingan disamping pemain tempatan yang diharap dapat meningkatkan tahap permainan mereka. Untuk musim ini, pasti pemain import akan menjadi tumpuan terutamanya penyerang. Mana-mana pasukan yang mempunyai pemain import yang tinggi pasti mempunyai kelebihan dan akan menjadi salah satu taktik yang penting untuk pasukan yang bertanding. Gua yakin pada penghujung musim nanti, pemain import akan menjadi penjaring terbanyak dan akan ada pasukan yang bergantung sepenuhnya pada pemain import untuk menang dan menjaringkan gol. Apapun pemain tempatan terutamanya pemain muda harus cuba lebih kreatif untuk menyekat penguasan pemain import ini kelak. Inilah masanya kita untuk membiasakan diri menentang dan bermain bersama pemain dari luar. Kalau corak permainan kita dapat berasimilasi dengan corak pemain import, tidak mustahil kita boleh menjadi hebat setanding Korea, Jepun dan lain-lain.  

Sunday 8 January 2012

FA Cup 2012 Man Utd 3 Man City 2

Piala Fa antara Man Utd vs Man City yang berlangsung sebentar tadi memperlihatkan corak permainan yang berlainan bagi kedua-dua pasukan antara masa pertama dan kedua. Man Utd menjaringkan 3 gol pada masa pertama melalui Rooney (2) dan Welback menguasai babak pertama selepas insiden kad merah Kompany yang kebanyakan respon dari penonton atau pengulas sangat tidak bersetuju dengan keputusan pengadil. Kompany dilihat membuat tackle bersih tapi sangat bahaya dengan kedua-dua belah kaki menerima kad merah serta merta seawal minit ke 16 permainan dan terpaksa meninggalkan padang. Pada masa kedua pula Man City membuat beberapa perubahan dan berjaya menguasai permainan serta menjaringkan 2 gol melalui Kolorov dan Aguero. Secara keseluruhannya permainan yang menarik dari kedua-dua pasukan dan seperti biasa Man utd kekurangan perancang atau kreativiti di bahagian tengah berbanding Man City.

Thursday 5 January 2012

Man Utd Tewas Lagi

Dua kekalahan berturut-turut Man Utd memang menghampakan. Nampaknya Sir Alex mesti melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan. Kalau dilihat dari komen Alex Ferguson yang lalu yang mana tiada pembelian pemain baru melainkan 'Top Player' sahaja, Man utd wajib mulakan pencarian sekarang kerana pemain muda yang ada tidak begitu konsisten persembahan diatas padang. Jadi siapa yang sesuai direkrut oleh Man Utd?? Kaka, Wesley Sneijder, Modric, Sami Khedira, Bastian schweinsteiger ataupun mungkin mana-mana pemain pertahanan yang punya reputasi yang tinggi. Itupun kalau Man Utd masih dalam mood untuk mengejar kejuaraan EPL. Pasukan seperti Spurs, Newcastle pula semangkin baik dan konsisten corak pemain mereka apatah lagi Man City dan Chelsea juga giat mendapatkan pemain baru untuk pasukan masing-masing.