Sunday 25 March 2012

Pelik Mengenai Liverpool

Semua orang tahu reputasi Liverpool dan tiada siapa dapat menafikannya. Tapi ada perkara yang sering berlaku kepada pasukan Liverpool tapi jarang berlaku pada pasukan lain khususnya pada pasukan seperti Man Utd, Chelsea, Arsenal mahupun Man City iaitu kekerapan pasukan itu tewas pada pasukan bawahan liga. Terbaru tewas pada pasukan yang bergelut dari zon peyingkiran iaitu Wigan 2-1. Liverpool sangat hebat pada perlawanan yang melibatkan lawan yang kuat tapi bila berhadapan dengan pasukan yang bereputasi sederhana, mereka beraksi dibawah tahap sebenar dan sering tewas. Inilah yang menjadi punca mereka kehilangan mata untuk mencabar kejuaraan liga. Bukannya pasukan seperti Chelsea atau Man Utd tidak pernah tewas pada pasukan bawahan liga tapi Liverpool lebih kerap walaupun pasukan mereka itu skuad utama. Nampaknya Liverpool tidak akan mencabar kejuaraan liga musim ini tapi lebih kepada bersaing untuk Champions League. Jadi apa yang boleh diucapkan pada Liverpool cuma good luck!!!! Man Utd semangkin Hampir tu!!!!

Saturday 17 March 2012

Kata Dua Buat Skuad Malaysia

Teguran daripada Tan Sri Anwar Musa kepada skuad Malaysia yang ditujukan khas kepada pengendali pasukan Kebangsaan beberapa hari lalu ada benarnya. Persembahan skuad kebangsaan dalam beberapa perlawanan persahabatan lalu tidak begitu 'memberangsangkan' jika diukur dari segi keputusan perlawanan dan status lawan yang dihadapi. Memanglah pemain yang diturunkan mungkin adalah pemain ujian tapi isyarat jelas dari Tan Sri Anwar Musa yang mahukan perkembangan positif dari skuad kebangsaan. Dalam perlawanan persahabatan yang lalu skuad kebangsaan sekadar seri 1-1 dengan Filipina dan menang tipis kepada Sabah. Memang keputusan sebegini sedikit mengecewakan kerana semua mengagak yang pasukan kebangsaan boleh menang selesa keatas lawan dan sepatutnya itulah yang berlaku tapi........Disamping itu kita faham yang pengendali skuad kebangsaan sedang mencari kombinasi yang mantap untuk skuad utama yang akan dibawa ke piala AFF Suzuki nanti. Masih ada sedikit masa lagi dan sepatutnya ruang itu diberilah kepada pengedali skuad kebangsaan untuk membuktikan formula yang dicongak berkesan. Lebih banyak perlawanan persahabatan penting untuk skuad kebangsaan kerana ianya dapat membantu mencari keserasian pemain dalam padang.

Tuesday 6 March 2012

Chelsea Masih Mencari Era Baru

Isu pemecatan Villas Boas dari skuad Chelsea ahad lalu, masih mendapat liputan meluas media dari seluruh dunia khasnya eropah. Ada pihak bersetuju dan ada pula yag tidak, tapi berdasarkan keputusan perlawanan semasa skuad Chelsea memang tidak begitu memberangsangkan, apatah lagi kekalahan terbaru beberapa hari lalu, membuatkan Roman menyingkirkan Villas Boas dan skuad utama Chelsea akan diberikan kepada De Mateo sehingga akhir musim ini dan itu memberikan masa yang panjang untuk melantik jurulatih baru yang sesuai bagi posisi panas ini di Chelsea. Beberapa nama disebut oleh media antaranya Joachim Loew jurulatih pasukan Germany. Tapi rasanya Loew takkan meninggalkan Germany sehingga tamat kejohanan Euro dan pastinya Chelsea akan terus menjadi perhatian untuk era baru. Dahulu, ketika Chelsea diambil oleh Roman Abramovic skuad Chelsea pantas memasuki era baru dan menguasai EPL. Sekarang banyak pasukan EPL sudahpun melaluinya sendiri dan Chelsea semangkin dihimpit kalau masih bergelut dengan pencarian Jurulatih setiap musim.