Monday 11 June 2012

Pasukan Pilihan Euro 2012

Demam Euro 2012 yang sudahpun bermula sejak jumaat lalu terus melanda negara kita. Apapun pasukan pilihan tetap menjadi perhatian kebanyakan orang. Mana yang tak pernah tengok bola pun buat pilihan pasukan yang akan menang. Sudah pastinya Sepanyol menjadi pilihan kebanyakan orang. Pasukan seperti Belanda, Jerman, Italy, Portugal, England, Perancis juga antara pilihan ramai. Tidak dinafikan Sepanyol adalah pasukan terbaik dunia ketika ini dan yang disebut-sebut akan memenangi Euro 2012, tapi pasukan seperti Jerman juga menjelmakan corak permainan yang menarik. Bagi Gua, Sepanyol kali ini tidak sekuat ketika mereka menang piala dunia dulu dan cabaran untuk menjadi juara Euro 2012 begitu terbuka untuk semua pasukan. Jadi, siapa yang akan menjadi pilihan gua untuk menang???....beginilah..gua cuma akan ramal pasukan yang ke semi-final. Ianya mungkin Spain, Jerman, Perancis dan satu lagi pasukan adalah pasukan bukan pilihan yang akan mengejutkan banyak pasukan pilihan nanti. Apapun kita enjoy tengok bola!!!!

Friday 1 June 2012

Malaysia Seri Lawan Filipina....aaddooiiiii!!!

Lama Gua tak update blog ni...sibuk sikit tapi malam ini melihat kepada perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Filipina memang mengecewakan. Walaupun gua dengar ranking FIFA pasukan Filipina lebih tinggi dari Malaysia tapi juara bertahan Piala AFF Suzuki tidak mengalah dengan mudah. Pemain Malaysia banyak mensia-siakan peluang depan mata. Malah ada antara mereka seperti bermain sambil lewa sahaja. Tidak mengambil serius terhadap peluang yang diperolehi. Malah Safiq Rahim keseorangan mencorakkan permainan dan ianya nampak sukar baginya. Walaupun penyerang cuba turun sedikit membantu tapi ia menyebabkan bahagian kotak penalti lawan kosong daripada pemain kita. Gua tertanya-tanya adakah ini skuad terbaik yang kita ada??.... Kita semua tahu yang mereka boleh menjadi lebih baik daripada ini kalau mereka memberikan seluruh jiwa raga mereka kedalam permainan. Boleh dikatakan Malaysia bermain seperti sebuah pasukan dalam Liga Super sahaja. Selepas ini segala-galanya akan terpulang kepada bagaimana pemain dan jurulatih bereaksi terhadap permainan malam ini. Kalau itu sudah cukup, maka itulah yang kita dapat tapi kalau mahukan yang terbaik maka kita akan dapat yang terbaik...tepuk dada tanya selera!!!!