Tuesday 27 December 2011

Cadangan Pada FAM

Sejak akhir-akhir ini,  isu perpindahan pemain import menjadi hangat di mana-mana media terutamanya pemain import yang gagal melepasi syarat-syarat FAM. Ada ramai pemain import yang 'terkandas' dan banyak juga kelab atau pasukan negeri yang kecewa dengan hal ini. Bagi gua, syarat untuk pemain import jelas dinyatakan dan kalau ia tidak dipatuhi, FAM punya hak untuk menghalang pemain import berkenaan dan pasukan pun kenalah mematuhi dan memahaminya. Gua ada cadangan pada FAM berkaitan dengan isu ini, tak tau la kalau ianya memang dah pun dibuat oleh FAM atau belum tapi ini sekadar berkongsi. Mana-mana pasukan yang berminat mengambil pemain import yang tidak dibenarkan FAM menurut syarat-syarat yang ditetapkan, diberi kelonggaran untuk mengambil pemain tersebut dengan syarat:

  1.  Pemain tersebut tetap tidak boleh beraksi dalam Liga super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia  tetapi boleh di Piala Presiden.
  2.  Jika mahu bermain dalam Liga super atau liga perdana atau Piala FA atau Piala Malaysia pemain import tersebut mesti bermain dalam piala presiden selama semusim terlebih dahulu dan pada musim berikutnya  barulah dia boleh bermain dalam liga utama di Malaysia. 
  3.  Syarat ini cuma tertakluk kepada pemain import yang tidak menepati syarat FAM seperti yang kita ketahui sebelim ini. ( pemain import mestilah dari divisyen 1 untuk asia dan sekurang-kurangnya dari divisyen 2 untuk eropah).
Apapun ini cuma cadangan untuk masa akan datang sahaja, Kalau ada mana-mana pasukan negeri yang benar-benar minat terhadap seseorang pemain import tetapi tidak layak, mungkin dengan adanya peraturan sebegini ianya boleh jadi jalan alternatif bagi pasukan yang bertanding.  
 

Monday 19 December 2011

Liga Malaysia 2012

Sejak beberapa bulan dulu kita ada mendengar cerita tentang mengurangkan pasukan yang bertanding dalam liga super. Bermacam-macam reaksi orang ramai mengenai hal ini. Ada yang menyokong atas sebab ianya dapat memberikan saingan lebih kompetetif kepada pasukan yang bertanding dan ada juga yang kurang bersetuju kerana ini akan menjejaskan kemeriahan saingan. Maksudnya Kita akan disajikan dengan perlawanan dari pasukan yang sama terlalu kerap, sepertinya kita akan terus terperangkap dengan pasukan-pasukan ini. Bagi gua, elok dikekalkan dulu format 14 pasukan dalam liga super ini, tidak perlu tergesa-gesa mahu membuat bermcam-macam perubahan. Tumpukan dulu dengan saingan Liga Malaysia dan konsistensi dalam persembahan pasukan.

Thursday 8 December 2011

Kegagalan Manchaster United Dalam UCL

Man Utd gagal layak ke peringkat 16 pasukan terakhir dalam UCL. Kekalahan 1-2 kepada Basel semalam menyingkirkan Man Utd ke Europa Legue untuk musim ini. Skuad Man Utd nyata masih gagal bersaing secara konsisten diperingkat tinggi, apatah lagi pemain muda mereka masih kekurangan pengalaman yang nyata dihukum oleh skuad lain. Nampaknya kejadian musim 05-06 yang lalu berulang lagi dan kali ini Man Utd juga turut gagal dalam beberapa lagi kejohanan seperti Legue Cup. Ferguson nampaknya harus lebih realistik kali ini, yang skuad ini masih belum mantap. Pemain muda yang ada memang bagus tapi tidak begitu konsisten. Beza pemain muda dengan pemain berpengalaman adalah persembahan yang konsisten. Beberapa pemain juga harus dipertimbangkan untuk meninggalkan Man Utd dan dapatkan pemain baru. Sudah tentu bulan januari ini pasti yang ditunggu-tunggu seluruh peminat Man Utd, siapa yang dibeli oleh kem Man Utd. Harap-harapnya seorang pemain berpengalaman dan bukannya pemain muda lagi yang sememangnya cukup ramai dalam skuad utama Man Utd. Posisi tengah, pertahanan adalah yang perlu diisi oleh pemain baru, posisi striker mungkin boleh dipertimbangkan kerana tiada pemain yang konsisten menjaringkan gol.