Wednesday 28 September 2011

Drama Carlos Tevez Di Man City

Permainan antara Man City vs Bayern Munich semalam memang menarik dan nyata City masih banyak yang perlu dilakukan untuk bersaing di pentas yang besar seperti Champions League dan Bayern memang layak untuk menang semalam tapi cerita Carlos Tevez lebih menarik dari itu. Tevez menolak untuk masuk bermain walaupun dipujuk oleh staf Man City. Nyata Mancini berang dengan tindakan Tevez dan menyatakan Tevez tidak akan bermain untuk Man City lagi. Alasan yang dibeikan oleh Tevez dia tidak bersedia dari segi mental untuk masuk bermain. Memang keputusan yang berani dari Tevez menolak bermain bila diminta oleh Mancini dan sudah pasti akan memberi kesan kepada kariernya kerana setiap pasukan pasti tidak akan melupakan kejadian ini. Menurut kem Man City, kes ini akan terus dirujuk kepada pemilik Man City untuk keputusan selanjutnya.

Thursday 22 September 2011

Squad Olimpik Malaysia Tewas Ditangan Jepun

Permainan semalam tidak begitu memberangsangkan bagi squad olimpik negara. Bukan kekalahan yang dikesalkan tapi beberapa kelemahan atau kesilapan mudah yang berlaku dan juga kekurangan dari aspek teknikal pemain Malaysia. Kadangkala ada pemain begitu terburu-buru sehingga pemain Jepun mudah melepasi mereka. Pemain Malaysia juga gagal mencipta peluang untuk untuk membahayakan gawang Jepun. Memanglah bukan mudah menentang pasukan Jepun tapi semalam kita seperti tidak bermain sebagai satu pasukan, bahagian tengah tidak menyokong antara satu sama lain dengan baik dimana pemain yang mendapat bola berhempas pulas untuk melakukan hantaran yang berkesan kerana pemain lain selalunya tidak berada diposisi yang mudah untuk hantaran. Cuma apa yang memberangsangkan adalah semangat pemain yang ingin maju kehadapan, diharap selepas ini pasukan Malaysia dapat meningkat dari satu perlawanan ke perlawanan yang lain. Malaysia akan  menentang Syria selepas ini. Selamat Maju Jaya Malaysia!!

Sunday 18 September 2011

Persembahan Piala Malaysia 2011

Saingan Piala Malaysia 2011 yang bermula minggu lepas menyaksikan beberapa pasukan pilihan mendominasi kumpulan dan menepati ramalan para peminat bolasepak negara, kecuali Selangor yang bermain dibawah tahap sebenar pada musim Piala Malaysia setakat ini. Kekalahan semalam membawa Selangor beraksi lebih perit untuk layak pada peringkat seterusnya. Namun beberapa pasukan pilihan boleh dikatakan beraksi baik walaupun mengalami kekalahan seperti pasukan N.Sembilan, Kelantan dan begitu juga dengan Terengganu. Namun begitu, walaupun masih awal lagi, gua jangkakan pasukan yang layak tidak banyak berubah dari musim lepas. Mungkin ada beberapa kejutan dari pasukan lebih kecil,sejauh mana kita tak tahu, tapi berdasarkan corak permainan, gua yakin kita akan lihat pasukan yang sama seperti musim lepas di semi-final nanti.

Saturday 10 September 2011

Cardiff City Uji Safee Sali

Berita yang dikhabarkan beberapa hari lalu ini sedikit sebanyak mencuri tumpuan peminat bolasepak tanahair. Penyerang Malaysia ini akan diuji pasukan dari England iaitu Cardiff City yang dimiliki oleh rakyat Malaysia. Meskipun kita sedia maklum peluang untuk mewakili pasukan ini agak sukar berikutan beberapa rintangan termasuk permit kerja pemain asing, tapi ini merupakan peluang terbaik untuk Safee Sali mengaut pengalaman dari pemain-pemain Cardiff City. Itu lebih penting daripada memikirkan bagaimana untuk bermain mewakili Cardiff City. Kalau Safee Sali berjaya mengembirakan kem Cardiff City disana, pasti ini akan menjadi perintis dan membuka mata kelab eropah untuk mencari bakat di Malaysia. Keyakinan kita terhadap masa depan bolasepak pasti bertambah mantap andai ini direalisasikan, ditambah pula diberitakan Safiq Rahim juga akan mendapat peluang yang sama seperti Safee Sali selepas kancah Piala Malaysia. Cuma, Safee Sali atau sesiapa saja yang mendapat peluang sebegini perlu menggandakan usaha dari apa yang mereka ada sekarang untuk bersaing dengan pemain-pemain disana.

Friday 2 September 2011

Man Utd Dan Pencabar EPL

Walaupun musim baru sahaja bermula, isu perpindahan pemain menjadi tumpuan semua peminat-peminat bola. Arsenal adalah antara pasukan yang mendapat tumpuan kerana kehilangan pemain penting dan peminat mendesak agar pemain baru dibawa masuk. Apatah lagi kekalahan memalukan Arsenal ditangan Man Utd 8-2. Gua terkejut juga la dengan persembahan pasukan Arsenal ketika tu, gua yakin yang Man Utd akan menang game tu tapi takde la sampai lapan gol, nampaknya pemain muda yang dikumpul oleh Man Utd lebih menyerlah ketika ni. Melihat kepada permulaan musim ni, gua yakin yang Man Utd akan menang EPL musim ni, Chelsea pula mahu memulakan revolusi pemain-pemain muda untuk menggantikan posisi bintang-bintang tua mereka, Liverpool nampak mantap dibahagian hadapan tapi sedikit goyang dipertahanan, Man City pula mempunyai begitu ramai pemain bintang yang menerima gaji mahal dalam liga EPL, kalau ianya tidak berubah, City akan menjunam dalam masa 5 tahun dari sekarang tapi untuk musim ni, mereka adalah pencabar kejuaraan liga. Sementara itu, empat pemain baru Arsenal yang akan menjadi keyplayer kepada pasukan dan akan meletakkan Arsenal kembali bersaing untuk top 4.