Saturday 10 September 2011

Cardiff City Uji Safee Sali

Berita yang dikhabarkan beberapa hari lalu ini sedikit sebanyak mencuri tumpuan peminat bolasepak tanahair. Penyerang Malaysia ini akan diuji pasukan dari England iaitu Cardiff City yang dimiliki oleh rakyat Malaysia. Meskipun kita sedia maklum peluang untuk mewakili pasukan ini agak sukar berikutan beberapa rintangan termasuk permit kerja pemain asing, tapi ini merupakan peluang terbaik untuk Safee Sali mengaut pengalaman dari pemain-pemain Cardiff City. Itu lebih penting daripada memikirkan bagaimana untuk bermain mewakili Cardiff City. Kalau Safee Sali berjaya mengembirakan kem Cardiff City disana, pasti ini akan menjadi perintis dan membuka mata kelab eropah untuk mencari bakat di Malaysia. Keyakinan kita terhadap masa depan bolasepak pasti bertambah mantap andai ini direalisasikan, ditambah pula diberitakan Safiq Rahim juga akan mendapat peluang yang sama seperti Safee Sali selepas kancah Piala Malaysia. Cuma, Safee Sali atau sesiapa saja yang mendapat peluang sebegini perlu menggandakan usaha dari apa yang mereka ada sekarang untuk bersaing dengan pemain-pemain disana.

No comments:

Post a Comment