Saturday 29 October 2011

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011

Di Stadium Shah Alam Negeri Sembilan mencipta kejuaraan Piala Malaysia 2011 menewaskan Terengganu 2-1. Sekali lagi Hai-O menjaringkan gol kemenangan untuk Negeri Sembilan setelah ketinggalan hasil jaringan Muhammad Asaari Samsudin. Kemudiannya disamakan oleh Kunalan dibantu oleh kesilapan penjaga gol Terengganu Sharbinee yang gagal menangkap bola hantaran yang biasa sahaja dari Kunalan. Kesilapan sebegini patutnya tidak berlaku tambah lagi pada final. Pastinya Sharbinee akan mengenang kesilapan ini yang terburuk dalam kariernya. Satu lagi faktor yang mempengaruhi permainan adalah keadaan padang Stadium Shah Alam yang tidak banyak perubahan. Ianya masih 'ngeri' terutamanya di kawasan tengah padang dan keadaan padang yang teruk ini banyak mengganggu permainan. Rasanya kita boleh menyaksikan permainan yang lebih berkualiti dari apa yang kita saksikan pada final kali ini kalau padang itu lebih rata dan bukannya seperti 'bolasepak pantai'. FAM patut lebih peka dengan isu ini barulah berbaloi dengan kenaikan harga tiket. Apa pun tahniah buat Negeri Sembilan!!

Wednesday 26 October 2011

Hampa-Kenaikan Harga Tiket Final Piala Malaysia 2011

Isu ini mendapat kecaman hebat daripada seluruh peminat bolasepak terutamanya dari peminat Terengganu dan Negeri Sembilan. FAM menaikkan harga tiket final Piala Malaysia 2011. Semua orang tahu berapa kenaikan tersebut. Kerajaan Terengganu mengambil langkah drastik dimana 50% harga tiket untuk kuota negeri Terengganu ditanggung oleh kerajaan negeri, jadi peminat dari pantai timur ini cuma membayar RM25 sahaja untuk satu tiket tapi peminat dari Negeri Sembilan pula terpaksa membayar harga penuh. Sehingga artikel ini ditulis, peminat dari Negeri Sembilan 'seakan-akan' memboikot untuk membeli tiket. Nyata tindakan tiba-tiba FAM ini mencetuskan rasa tidak puas hati peminat bolasepak tanah air. Kalau peminat kedua-dua pasukan pun 'marah' dengan kenaikan ini, apalagi peminat bolasepak yang lain. Alamatnya akan banyak ruang-ruang kosong di stadium Shah Alam nanti dan jangan kata peminat tidak berminat datang ke stadium. Sepatutnya FAM menetapkan harga tiket awal lagi dan tidak menaikkannya sesuka hati. Iyalah ada yang datang sekeluarga ke stadium, ada yang datang secara rombongan sekampung tapi hal sebegini boleh membunuh semangat yang berkobar-kobar untuk ke stadium. Akhirnya, tengok kat tv beramai-ramai. Lagi senang!!

Sunday 23 October 2011

Man Utd (1) vs Man City (6)

Ini adalah kekalahan paling memalukan Man Utd di Old Traford. Gua tak pernah tengok Man Utd main teruk camni walaupun bermain dengan 10 orang sebelum ni. Mungkin kad merah pada Johnny Evans merupakan salah satu sebab tapi bukanlah yang utama. Pertahanan Man Utd memang teruk walaupun dengan kehadiran Rio Ferdinanad, Evra pula lambat kembali ke posisinya menyebabkan counter attack Man City berhasil. Rasanya ini adalah pengajaran yang paling baik buat Man Utd dan Sir Alex yang pemain muda tidak selalu konsisten untuk liga yang panjang. Pemain seperti welback, Evans tidak berkesan menentang pasukan Man City sebentar tadi. Rio pun banyak melakukan off position. Harap Man Utd mencari pemain baru pada Januari depan. Bukan pemain muda tapi pemain yang berpengalaman dan konsisten terutamanya pada bahagian midfield. Bangun Man Utd!!!!!!

*Nak tunggu apa reaksi Sir Alex lepas ni....

Kualiti Padang Stadium Shah Alam???

Banyak pandapat yang mengatakan bahawa kualiti padang Stadium Shah Alam berada di tahap yang teruk. Ditambah lagi FAM mengatakan bahawa itulah gelanggang final Piala Malaysia 2011. Diharap siapa pun yang bertanggungjawab terhadap hal ini lakukanlah sesuatu sebelum final berlangsung. Adalah tidak wajar sama sekali kualiti padang menjadi faktor penentu kepada kemenangan atau kekalahan pada mana-mana pasukan di final Piala Malaysia. Sepatutnya FAM lebih peka terhadap pemilihan padang mana yang mencapai kualiti yang diharapkan dan tidak mengganggu permainan. Harapan sekarang ni, padang Stadium Shah Alam akan di baikpulih sebelum final berlangsung nanti.  

Pasukan Pilihan Ke Final Piala Malaysia 2011

Perlawanan separuh akhir ke-2 tadi menyaksikan N.Sembilan dan Terengganu menang di gelanggang masing-masing. Mereka akan bertemu di final nanti dan akan menentukan kerjuaraan untuk tahun ini. Yang menariknya Abd Manaf Mamat dan Hai-O masing memiliki 7 jaringan setakat ini dan rasanya persaingan ini akan berterusan di final nanti. Untuk musim kali ni Terengganu dilihat mantap sejak dari saingan Liga Super lagi dimana persaingan dengan Kelantan mewarnai sebahagian yang 'penting' dalam dairi pasukan Terengganu, sementara itu pasukan N.Sembilan terkeluar dari saingan merebut Liga Super dan Piala FA tetapi hebat bila berada di Piala Malaysia. Tiga musim berturut-turut mereka berada di final Piala Malaysia dan rasanya semua orang tahu yang N.Sembilan 'sangat' mementingkan Piala Malaysia dari piala yang lain, jadi tidak hairan la kalau musim hadapan pun kita akan saksikan pasukan N.Sembilan berada di final. Walaubagaimanapun kedua-dua pasukan berhak berada di final berdasarkan persembahan dan konsistensi mereka dalam saingan Piala Malaysia kali ini, itu tidak dapat dinafikan lagi. Dari segi pengalaman sudah tentu memihak kepada N.Sembilan tetapi Terengganu juga melalui banyak rintangan yang berliku untuk edisi kali ini. Rasanya kekuatan mental akan menjadi penentu kali ini.

Wednesday 19 October 2011

Separuh Akhir 1 Piala Malaysia 2011

Dua perlawanan berlangsung tadi membabitkan Selangor lwn Terengganu dan N.Sembilan lwn T-Team. Keputusannya Selangor 0 Terenggau 2 dan N.Sembilan 4 T-Team 2. Nampaknya pasukan pilihan sudahpun melangkah sebelah kaki ke final. Perlawanan di Shah Alam memang menarik tapi perkara yang harus diberi perhatian ialah kualiti padang yang teruk dan mengganggu pergerakan pemain serta lantunan bola. Tak dapat dibayangkan kalau ini la padang untuk final Piala Malaysia 2011. Ngeri!!. Disamping itu, persembahan Abd Manaf Mamat memang mencuri tumpuan. Dia memang dalam perhatian gua sejak dulu lagi cuma gua heran kenapa Datuk K.Rajagopal tidak bawa dia dalam squad kebangsaan. Sekurang-kurangnya dia boleh bersaing untuk bahagian serangan dalam pasukan Malaysia. Sementara itu N.Sembilan seperti biasa 'semangat' Piala Malaysia mereka luar biasa, kadangkala mereka seperti pentingkan piala ini lebih daripada piala-piala yang lain seperti Piala Liga atau Piala FA sebab nyata semangat mereka tidak sehebat ini ketika beraksi di liga super

Thursday 13 October 2011

Bolasepak Malaysia Perlu Lebih Mantap

Masa untuk bergembira dengan kejayaan lalu sudah tamat. "Cuti Sudah Habis!!" Tiada apa yang boleh kita lakukan kalau kita terus menerus dibuai dengan kejayaan dan kenangan lalu. Yang lalu biarkan berlalu, sekarang adalah masa untuk buka buku baru dalam arena bolasepak tanahair. Pasukan Malaysia dikritik  hebat apabila bolos dengan begitu banyak dalam perlawanan antarabangsa dan ianya memang ada asasnya. Mungkin jurulatih Malaysia ingin mencari pemain yang lebih banyak dengan memberi pendedahan pada pemain lain untuk mewakili Malaysia tapi kerisauan yang utama adalah mereka mudah dibolosi dan ini memang membimbangkan. FAM perlu melakukan sesuatu untuk mengurangkan kerisauan ini dan langkah yang diambil iaitu membenarkan semula pemain import adalah langkah yang tepat. Sekurang-kurangnya pemain dapat berasimilasi dengan corak pemain asing dari muda lagi. Ini penting untuk pembangunan akar umbi dan mengetahui prestasi mereka jika dibandingkan dengan pemain asing. Tapi kita mesti bersabar kerana ini bukannya proses sekelip mata memberi kesan yang diharapkan. Walaupun ramai yang mengkritik hebat tapi sebenarnya kita semua sayangkan bolasepak Malaysia. Dari Perlis hingga ke Sabah semuanya menyokong kuat bolasepak tanahair untuk menjadi pasukan terhebat di dunia satu hari nanti.

Friday 7 October 2011

Adakah Arsene Wanger Akan Tinggalkan Arsenal??

Adakah Arsene Wenger patut dipecat dari kem Arsenal?? itulah khabar angin yang kuat bertiup dari Arsenal ketika ini. Memandangkan permulaan paling buruk Arsenal dalam saingan kali ini, banyak media terutamanya dari eropah selalu bertanya adakah ia akan terjadi. Rasanya pemilik Arsenal masih lagi percaya akan Wenger sekurang-kurangnya untuk musim ini dan menyasarkan layak ke Champions Legue musim depan. Sebenarnya Wenger yang mengubah Arsenal dari sebuah pasukan yang 'biasa-biasa saja' kepada sebuah pasukan yang mantap dan mempunyai corak permainan yang sangat menarik disamping pembangunan pemain mudanya boleh dikatakan berjaya melahirkan pemain berkelas dunia, tapi rekod itu tidak menjanjikan kejayaan. Pasukan-pasukan lain seperti Man Utd, chelsea, Man City sudahpun bersedia dangan senjata-senjata yang lebih mantap dari musim ke musim dan Arsenal semangkin ketinggalan ditambah pula pasukan seperti Man City  bersedia untuk mengambil pemain-pemain Arsenal untuk dibawa bersama. Keadaan begitu sukar di Arsenal sekarang ni meskipun ramai pengurus pasukan lain bersimpati, dalam bolasepak yang menang tetap menang dan begitu jugalah sebaliknya.