Sunday 23 October 2011

Pasukan Pilihan Ke Final Piala Malaysia 2011

Perlawanan separuh akhir ke-2 tadi menyaksikan N.Sembilan dan Terengganu menang di gelanggang masing-masing. Mereka akan bertemu di final nanti dan akan menentukan kerjuaraan untuk tahun ini. Yang menariknya Abd Manaf Mamat dan Hai-O masing memiliki 7 jaringan setakat ini dan rasanya persaingan ini akan berterusan di final nanti. Untuk musim kali ni Terengganu dilihat mantap sejak dari saingan Liga Super lagi dimana persaingan dengan Kelantan mewarnai sebahagian yang 'penting' dalam dairi pasukan Terengganu, sementara itu pasukan N.Sembilan terkeluar dari saingan merebut Liga Super dan Piala FA tetapi hebat bila berada di Piala Malaysia. Tiga musim berturut-turut mereka berada di final Piala Malaysia dan rasanya semua orang tahu yang N.Sembilan 'sangat' mementingkan Piala Malaysia dari piala yang lain, jadi tidak hairan la kalau musim hadapan pun kita akan saksikan pasukan N.Sembilan berada di final. Walaubagaimanapun kedua-dua pasukan berhak berada di final berdasarkan persembahan dan konsistensi mereka dalam saingan Piala Malaysia kali ini, itu tidak dapat dinafikan lagi. Dari segi pengalaman sudah tentu memihak kepada N.Sembilan tetapi Terengganu juga melalui banyak rintangan yang berliku untuk edisi kali ini. Rasanya kekuatan mental akan menjadi penentu kali ini.

No comments:

Post a Comment