Thursday 13 October 2011

Bolasepak Malaysia Perlu Lebih Mantap

Masa untuk bergembira dengan kejayaan lalu sudah tamat. "Cuti Sudah Habis!!" Tiada apa yang boleh kita lakukan kalau kita terus menerus dibuai dengan kejayaan dan kenangan lalu. Yang lalu biarkan berlalu, sekarang adalah masa untuk buka buku baru dalam arena bolasepak tanahair. Pasukan Malaysia dikritik  hebat apabila bolos dengan begitu banyak dalam perlawanan antarabangsa dan ianya memang ada asasnya. Mungkin jurulatih Malaysia ingin mencari pemain yang lebih banyak dengan memberi pendedahan pada pemain lain untuk mewakili Malaysia tapi kerisauan yang utama adalah mereka mudah dibolosi dan ini memang membimbangkan. FAM perlu melakukan sesuatu untuk mengurangkan kerisauan ini dan langkah yang diambil iaitu membenarkan semula pemain import adalah langkah yang tepat. Sekurang-kurangnya pemain dapat berasimilasi dengan corak pemain asing dari muda lagi. Ini penting untuk pembangunan akar umbi dan mengetahui prestasi mereka jika dibandingkan dengan pemain asing. Tapi kita mesti bersabar kerana ini bukannya proses sekelip mata memberi kesan yang diharapkan. Walaupun ramai yang mengkritik hebat tapi sebenarnya kita semua sayangkan bolasepak Malaysia. Dari Perlis hingga ke Sabah semuanya menyokong kuat bolasepak tanahair untuk menjadi pasukan terhebat di dunia satu hari nanti.

No comments:

Post a Comment