Wednesday 26 October 2011

Hampa-Kenaikan Harga Tiket Final Piala Malaysia 2011

Isu ini mendapat kecaman hebat daripada seluruh peminat bolasepak terutamanya dari peminat Terengganu dan Negeri Sembilan. FAM menaikkan harga tiket final Piala Malaysia 2011. Semua orang tahu berapa kenaikan tersebut. Kerajaan Terengganu mengambil langkah drastik dimana 50% harga tiket untuk kuota negeri Terengganu ditanggung oleh kerajaan negeri, jadi peminat dari pantai timur ini cuma membayar RM25 sahaja untuk satu tiket tapi peminat dari Negeri Sembilan pula terpaksa membayar harga penuh. Sehingga artikel ini ditulis, peminat dari Negeri Sembilan 'seakan-akan' memboikot untuk membeli tiket. Nyata tindakan tiba-tiba FAM ini mencetuskan rasa tidak puas hati peminat bolasepak tanah air. Kalau peminat kedua-dua pasukan pun 'marah' dengan kenaikan ini, apalagi peminat bolasepak yang lain. Alamatnya akan banyak ruang-ruang kosong di stadium Shah Alam nanti dan jangan kata peminat tidak berminat datang ke stadium. Sepatutnya FAM menetapkan harga tiket awal lagi dan tidak menaikkannya sesuka hati. Iyalah ada yang datang sekeluarga ke stadium, ada yang datang secara rombongan sekampung tapi hal sebegini boleh membunuh semangat yang berkobar-kobar untuk ke stadium. Akhirnya, tengok kat tv beramai-ramai. Lagi senang!!

No comments:

Post a Comment