Saturday 30 July 2011

Isu Yossi Benayoun

Semua orang tahu ketika Chelsea lawan Malaysia, Benayoun telah di 'boo' oleh peminat bolasepak Malaysia sehingga memaksa FAM meminta maaf kepada Benayoun dan Chelsea. Isu ini mendapat perhatian dari seluruh peminat bolasepak dari seluruh dunia kerana dikatakan berlaku tidak adil (rasism) terhadap Benayoun yang berasal dari Israel. Gua dapat rasakan sebenarnya, peminat bolasepak Malaysia bukannya bencikan Benayoun, tapi 'boo' itu mungkin lebih kepada tanda protes terhadap rejim zionis. Rakyat Malaysia tidak ada platform untuk menyampaikan rasa protes yang boleh di dengar oleh rejim zionis kecuali melalui blog-blog dan 'boo' itu pula telah sampai keseluruh dunia. Malangnya sukan bolasepak ini telah menjadi 'medium'nya, Niat di hati untuk menyokong orang-orang Palestin tapi platformnya ini tidak tepat. Sukan bolasepak adalah sukan yang universal, tapi kadangkala sebagai peminat, kita tidak dapat menahan diri daripada menyampaikan rasa dalam diri. Tambahan pula isu ini berkaitan dengan kemanusiaan dan kehidupan rakyat Palestin. Tapi, perlu juga diingatkan yang bukan semua rakyat Israel itu lakhnat dan perlu diingatkan juga yang 'boo' itu dihantar adalah untuk rejim zionis Israel dan bukannya untuk sesiapapun. Apapun, sukan sebegini bukan platform yang sesuai untuk itu. 

Thursday 28 July 2011

Malaysia Cuma Seri 1-1 Di Bukit Jalil

Perlawanan sebentar tadi memang mengecewakan. Malaysia seri dan tewas di tangan Singapura yang nyata mempunyai kelebihan dengan adanya pemain asing yang diberi hak kerakyatan. Tapi, yang menjadi persoalannya ialah bahagian tengah Malaysia yang tidak mencari atau membuka peluang untuk penyerang melakukan percubaan. Begitu payah sekali Malaysia untuk memasuki kawasan kotak penalti Singapura, sementara Singapura pula tidak ada tekanan untuk memasuki kawasan kotak penalti Malaysia. Pertahanan Malaysia pula masih lagi cerita yang sama, gua setuju dengan pengulas astro arena 'Ball Watching', fokus dan kosentrasi masih longgar. Ketiadaan Safiq Rahim bukan alasan, sepatutnya bahagian tengah lebih pantas dan menguasai bola membantu penyerang, Safee Sali tidak dapat banyak ruang pada 45 minit pertama kerana kegagalan pemain mencipta peluang. Walaupun kita bangkit pada masa kedua, masih tidak cukup untuk mara kepusingan ke-3. Pengalaman memisahkan kita dengan Singapura. Apapun beberapa pemain patut mendapat pujian, seperti Khairul Fahmi, Kunalan(2nd Haf), Safee Sali. Harapan selepas ini, harap Datuk Rajagobal menimbang pemain lain untuk memantapkan barisan negara terutamanya pertahanan. Pemain akan dapat bersaing hebat untuk mendapat tempat mereka. Perlawanan malam ini satu pengajaran yang baik untuk pemain Malaysia samada yang mewakili, yang akan mewakili dan yang bercita-cita untuk mewakili pasukan Malaysia. Tidak lupa kepada pengendali pasukan Malaysia.   

Sunday 24 July 2011

Masih Cerita Yang Sama Dari Singapura

Betapa terkejutnya gua melihat corak pertahanan Malaysia pada Pra Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura semalam. Ceritanya sama dengan perlawanan persahabatan iaitu bolos dengan jumlah yang besar. Memang kita kuat di tempat sendiri tapi agak mengecewakan sedikit bila bertarung di luar. Ketika menentang Taiwan di gelanggang lawan, kita bernasib baik walaupun bolos banyak. Cuma kali ni lebih banyak. Sesuatu perlu dilakukan oleh Datuk Rajagobal mengenai perkara ni, walaupun masih ada 90 minit di Bukit Jalil tapi itu cerita yang lain. Pertahanan negara kerap melakukan kesilapan dan bila pemain yang kerap lakukan kesilapan mungkin sesuatu tak kena dengan kosentrasi atau fokus pemain itu sendiri. Tapi tidak dinafikan mugkin pemain tidak biasa dengan padang tiruan. Mungkin sudah tiba masanya Datuk Rajagobal menimbang memperluaskan lagi pemilihan bahagian pertahanan sebab ianya jelas perlu diperbaiki. Pilih la pemain yang terbaik bermain kalau nak menang dan bukannya pemain yang baru dicuba kebolehannya diperingkat tertinggi. Kalau perlawanan persahabatan mungkin ya, kita boleh cuba apa sahaja kombinasi tapi pada perlawanan penting seperti ini, rasanya peratusan untuk keajaiban berlaku kurang( bukannya takde langsung..kuranggg).. Tapi gua dapat rasakan di Bukit Jalil nanti Malaysia akan menang tapi adakah cukup untuk mara ke peringkat seterusnya masih menjadi persoalan.....apapun selamat maju jaya pada Harimau Malaya!!!!

Sunday 17 July 2011

Penampilan Pertama Liverpool di Malaysia

Memang banyak gol dijaringkan pada perlawanan Malaysia vs Liverpool tadi. Mulanya gua ingatkan team liverpool tidak akan respon dengan 3 gol yang dijaringkan oleh Malaysia. Rupanya dia up satu gear lagi  dan ditambah pula dengan kesilapan pertahanan Malaysia. Nasib baik ada live kat tv, kalau tak........
Sebagai peminat Man Utd, kalau keputusan tadi berakhir dengan 4-3, memang liverpool babai la dengan team lain, walaupun game tadi tanpa Gerard, Suarez dan Reina. Menarik juga la tengok team Malaysia score gol, terutamanya free kick Shafiq Rahim. Memang gua dah agak akan gol sebab jarak tu 'makanan' Shafiq Rahim, ligupun penjaga gol liverpool tidak setup benteng dengan baik.
Gua memang tengok midfield Malaysia 'sedikit' meningkat berbanding lawan arsenal, tapi masih agak lambat. Banyak kali gua tengok bahagian tengah tiada seorang pun pemain Malaysia. Harap lepas ni ianya dapat diperbaiki...Lepas ni Chelsea plak datang lawan squad Ong kim Swee, tak tau laa nasib Malaysia nanti.. tapi apapun game dengan Singapore tuu lebih penting. 

Thursday 14 July 2011

Peminat Kecewa Tiada Siaran Langsung Malaysia vs Arsenal

Rata-rata peminat kecewa dengan tiadanya siaran langsung Malaysia lwn Arsenal. Gua dah pun melawat blog-blog lain, semuanya hampa. Dengar cite, penganjur tak bagi hak siaran langsung kalau jualan tiket tak mencapai 80% atau 90%, ada cite lagi, kata ada kesilapan teknikal. Gua sendiri pon tak dapat tengok, memang kecewa la diPERLAKUKAN  camni. Cuma dapat siaran ulangan. Orang nak tengok live kat tv bukannya ulangan. Liverpool  lawan Guandong ada plak siaran langsung...pelik laaaa. Promo kat tv bukan main hebat lagi, Gua dah tak teruja nak tengok bola team Malaysia lawan team epl lepas ni. Apa pun keputusannya tak kisah la, sebab ianya 'terlalu ekslusif' untuk ditonton secara live di tv oleh peminat bolasepak Malaysia. Malaysia menang 10-0 pun lantak laa.....

Monday 4 July 2011

Taiwan vs Malaysia

Perlawanan timbal balik Taiwan vs Malaysia ni boleh dikatakan sangat menghiburkan dan baik untuk dijadikan pengajaran kepada pasukan Malaysia. Tiga sepakan penalti yang diberikan oleh pengadil kepada pasukan Taiwan hampir memusnahkan harapan pasukan Malaysia. Bagi gua, keputusan pengadil memberikan sepakan penalti ada asasnya, sepatutnya pemain Malaysia fokus dan PEKA dengan taktik Taiwan yang sengaja mencari kesalahan pemain Malaysia dalam kotak penalti Malaysia. Insiden yang pertama melibatkan Mahali tidak begitu jelas tetapi mungkin tindakan reflex Mahali menyebabkan pemain Taiwan jatuh. Kedua, dimana Fadhli Shas menarik pemain Taiwan memang jelas  kelihatan dan pengadil tiada pilihan melainkan memberi sepakan penalti. Insiden ketiga ni memang menarik perhatian gua sebab pemain Taiwan memang jelas menanti penjaga gol keluar dan merempuhnya. Walaupun ulang tayang menunjukkan ianya sekadar sedikit sentuhan, tetapi di padang tiada ulang tayang, pengadil terpaksa memberikan keputusan dan insiden itu boleh dikatakan 50-50, ada pengadil akan memberikan penalti dan ada yang tidak jadi ianya sangat subjektif. Keputusan penjaga gol untuk keluar dan melakukan sedikit rempuhan bukanlah pilihan yang bijak kerana masih ada dua pertahanan Malaysia disitu dan insiden serupa ini selalunya adalah 50-50. Tetapi, walaubagaimanapun, pemain Malaysia patut mendapat pujian kerana berhempas pulas di atas padang. Kemenangan tetap satu kemenangan dan gua harap pasukan Malaysia akan bertambah baik dan matang selepas ini.