Monday 4 July 2011

Taiwan vs Malaysia

Perlawanan timbal balik Taiwan vs Malaysia ni boleh dikatakan sangat menghiburkan dan baik untuk dijadikan pengajaran kepada pasukan Malaysia. Tiga sepakan penalti yang diberikan oleh pengadil kepada pasukan Taiwan hampir memusnahkan harapan pasukan Malaysia. Bagi gua, keputusan pengadil memberikan sepakan penalti ada asasnya, sepatutnya pemain Malaysia fokus dan PEKA dengan taktik Taiwan yang sengaja mencari kesalahan pemain Malaysia dalam kotak penalti Malaysia. Insiden yang pertama melibatkan Mahali tidak begitu jelas tetapi mungkin tindakan reflex Mahali menyebabkan pemain Taiwan jatuh. Kedua, dimana Fadhli Shas menarik pemain Taiwan memang jelas  kelihatan dan pengadil tiada pilihan melainkan memberi sepakan penalti. Insiden ketiga ni memang menarik perhatian gua sebab pemain Taiwan memang jelas menanti penjaga gol keluar dan merempuhnya. Walaupun ulang tayang menunjukkan ianya sekadar sedikit sentuhan, tetapi di padang tiada ulang tayang, pengadil terpaksa memberikan keputusan dan insiden itu boleh dikatakan 50-50, ada pengadil akan memberikan penalti dan ada yang tidak jadi ianya sangat subjektif. Keputusan penjaga gol untuk keluar dan melakukan sedikit rempuhan bukanlah pilihan yang bijak kerana masih ada dua pertahanan Malaysia disitu dan insiden serupa ini selalunya adalah 50-50. Tetapi, walaubagaimanapun, pemain Malaysia patut mendapat pujian kerana berhempas pulas di atas padang. Kemenangan tetap satu kemenangan dan gua harap pasukan Malaysia akan bertambah baik dan matang selepas ini.

No comments:

Post a Comment