Thursday 28 July 2011

Malaysia Cuma Seri 1-1 Di Bukit Jalil

Perlawanan sebentar tadi memang mengecewakan. Malaysia seri dan tewas di tangan Singapura yang nyata mempunyai kelebihan dengan adanya pemain asing yang diberi hak kerakyatan. Tapi, yang menjadi persoalannya ialah bahagian tengah Malaysia yang tidak mencari atau membuka peluang untuk penyerang melakukan percubaan. Begitu payah sekali Malaysia untuk memasuki kawasan kotak penalti Singapura, sementara Singapura pula tidak ada tekanan untuk memasuki kawasan kotak penalti Malaysia. Pertahanan Malaysia pula masih lagi cerita yang sama, gua setuju dengan pengulas astro arena 'Ball Watching', fokus dan kosentrasi masih longgar. Ketiadaan Safiq Rahim bukan alasan, sepatutnya bahagian tengah lebih pantas dan menguasai bola membantu penyerang, Safee Sali tidak dapat banyak ruang pada 45 minit pertama kerana kegagalan pemain mencipta peluang. Walaupun kita bangkit pada masa kedua, masih tidak cukup untuk mara kepusingan ke-3. Pengalaman memisahkan kita dengan Singapura. Apapun beberapa pemain patut mendapat pujian, seperti Khairul Fahmi, Kunalan(2nd Haf), Safee Sali. Harapan selepas ini, harap Datuk Rajagobal menimbang pemain lain untuk memantapkan barisan negara terutamanya pertahanan. Pemain akan dapat bersaing hebat untuk mendapat tempat mereka. Perlawanan malam ini satu pengajaran yang baik untuk pemain Malaysia samada yang mewakili, yang akan mewakili dan yang bercita-cita untuk mewakili pasukan Malaysia. Tidak lupa kepada pengendali pasukan Malaysia.   

No comments:

Post a Comment