Monday 6 February 2012

Lupakan Olimpik London 2012

Harapan Malaysia untuk membuat kejutan pada kelayakan olimpik berkecai berikutan kekalahan kepada Bahrain 2-1 semalam. Pada perlawanan semalam Bahrain tidak menunggu lama untuk untuk menjaringkan gol pertama yang dilihat pertahanan Malaysia agak cuai kerana membiarkan pemain Bahrain melakukan Free Header di depan Khairul Fahmi. Hairan bila pertahanan Malaysia agak 'berkumpul' bersama-sama mengakibatkan ruang untuk pemain Bahrain terbuka luas. Walaupun begitu, Malaysia berjaya juga menyamakan kedudukan pada masa kedua tetapi tidak bertahan lama. Bahrain menjarngkan gol kemenangan pada hujung permainan yang mana ianya melenyapkan harapan Malaysia untuk melakukan kejutan. Secara keseluruhannya tidak banyak peningkatan yang dilakukan oleh pasukan Malaysia, masalah sama masih berlaku dan beberapa pemain juga belum menunjukkan kematangan. Memang ini skuad muda tapi mereka haruslah menjadi lebih kreatif untuk mengusai permainan dan barisan hadapan juga boleh menjadi lebih tajam lagi. Selepas ini Malaysia akan menentang dua lagi pasukan yang masih bersaing hebat dan berada di atas kedudukan kumpulan iaitu Syria dan Jepun. Harapnya pemain Malaysia dapat memperolehi sesuatu daripada perlawanan ini untuk masa hadapan mereka dan bolasepak negara.

Sunday 5 February 2012

Isu Rasuah kembali Dalam Bolasepak Malaysia

Isu beberapa orang pemain dan juga jurulatih dikenakan tindakan oleh FAM berikutan masalah rasuah dalam Liga Perdana kembali merisaukan seluruh masyarakat dan peminat bolasepak Malaysia. Disaat kita sudah ada sedikit sinar kebangkitan dalam bolasepak negara tiba-tiba isu rasuah pula kembali cuba menghancurkan negara Malaysia. Suatu masa dulu, kita sudahpun mendengar isu ini dan ramai pemain telah digantung seumur hidup daripada menyertai bolasepak negara. Rasuah ini harus dibenteras hingga ke akar-umbi kerana ia boleh menghancurkan bolasepak negara kita. Hukuman berat adalah wajar dikenakan kepada pemain atau sesiapapun yang terlibat kerana rasuah boleh menular seperti penyakit berjangkit kepada pemain atau pasukan lain. Pihak-pihak yang berkenaan seperti SPRM juga harus memainkan peranan untuk membantu mencegah perkara ini. Kalau difikirkan kenapa agaknya mereka ini sanggup mengambil rasuah. Adakah sebab kesempitan hidup??? adakah gaji tidak cukup??? ataupun memang sebab duit???.....apapun perkara ini harus dikaji terlebih dahulu agar kita boleh membantu membenteras gejala rasuah ini bersama-sama.

Friday 3 February 2012

Safee Sali Sambung Kontrak Di Pelita Jaya

Penyerang negara Safee Sali menyambung kontraknya bersama kelab Pelita Jaya dari Indonesia yang dikhabarkan bernilai RM2 juta. Walaupun berita yang seperti kita ketahui iaitu ISL tidak mendapat pengiktirafan FIFA dan pemain yang bermain di liga berkenaan tidak boleh mewakili negara masing-masing nampaknya bukan penghalang kepada Safee Sali untuk terus menyambung kontraknya. Kem Malaysia pula terus menyenaraikan Safee Sali ke dalam skuad kebangsaan untuk perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi dan Filipina nanti tidak gusar mengenainya kerana belum ada surat rasmi dari FIFA atau AFC mengenai Safee tidak boleh bermain. Nampaknya skuad Malaysia hanya boleh tunggu dan lihat apa keputusan FIFA mengenai hal ini, KALAU  Safee tidak boleh bermain mewakili negara, skuad Malaysia terpaksa bermain tanpa Safee Sali sementara menunggu jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah yang timbul ini. Apapun, tahniah buat Safee Sali kerana mendapat 'peluang' yang jarang-jarang ada ini.