Monday 6 February 2012

Lupakan Olimpik London 2012

Harapan Malaysia untuk membuat kejutan pada kelayakan olimpik berkecai berikutan kekalahan kepada Bahrain 2-1 semalam. Pada perlawanan semalam Bahrain tidak menunggu lama untuk untuk menjaringkan gol pertama yang dilihat pertahanan Malaysia agak cuai kerana membiarkan pemain Bahrain melakukan Free Header di depan Khairul Fahmi. Hairan bila pertahanan Malaysia agak 'berkumpul' bersama-sama mengakibatkan ruang untuk pemain Bahrain terbuka luas. Walaupun begitu, Malaysia berjaya juga menyamakan kedudukan pada masa kedua tetapi tidak bertahan lama. Bahrain menjarngkan gol kemenangan pada hujung permainan yang mana ianya melenyapkan harapan Malaysia untuk melakukan kejutan. Secara keseluruhannya tidak banyak peningkatan yang dilakukan oleh pasukan Malaysia, masalah sama masih berlaku dan beberapa pemain juga belum menunjukkan kematangan. Memang ini skuad muda tapi mereka haruslah menjadi lebih kreatif untuk mengusai permainan dan barisan hadapan juga boleh menjadi lebih tajam lagi. Selepas ini Malaysia akan menentang dua lagi pasukan yang masih bersaing hebat dan berada di atas kedudukan kumpulan iaitu Syria dan Jepun. Harapnya pemain Malaysia dapat memperolehi sesuatu daripada perlawanan ini untuk masa hadapan mereka dan bolasepak negara.

No comments:

Post a Comment