Tuesday 27 December 2011

Cadangan Pada FAM

Sejak akhir-akhir ini,  isu perpindahan pemain import menjadi hangat di mana-mana media terutamanya pemain import yang gagal melepasi syarat-syarat FAM. Ada ramai pemain import yang 'terkandas' dan banyak juga kelab atau pasukan negeri yang kecewa dengan hal ini. Bagi gua, syarat untuk pemain import jelas dinyatakan dan kalau ia tidak dipatuhi, FAM punya hak untuk menghalang pemain import berkenaan dan pasukan pun kenalah mematuhi dan memahaminya. Gua ada cadangan pada FAM berkaitan dengan isu ini, tak tau la kalau ianya memang dah pun dibuat oleh FAM atau belum tapi ini sekadar berkongsi. Mana-mana pasukan yang berminat mengambil pemain import yang tidak dibenarkan FAM menurut syarat-syarat yang ditetapkan, diberi kelonggaran untuk mengambil pemain tersebut dengan syarat:

  1.  Pemain tersebut tetap tidak boleh beraksi dalam Liga super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia  tetapi boleh di Piala Presiden.
  2.  Jika mahu bermain dalam Liga super atau liga perdana atau Piala FA atau Piala Malaysia pemain import tersebut mesti bermain dalam piala presiden selama semusim terlebih dahulu dan pada musim berikutnya  barulah dia boleh bermain dalam liga utama di Malaysia. 
  3.  Syarat ini cuma tertakluk kepada pemain import yang tidak menepati syarat FAM seperti yang kita ketahui sebelim ini. ( pemain import mestilah dari divisyen 1 untuk asia dan sekurang-kurangnya dari divisyen 2 untuk eropah).
Apapun ini cuma cadangan untuk masa akan datang sahaja, Kalau ada mana-mana pasukan negeri yang benar-benar minat terhadap seseorang pemain import tetapi tidak layak, mungkin dengan adanya peraturan sebegini ianya boleh jadi jalan alternatif bagi pasukan yang bertanding.  
 

No comments:

Post a Comment