Saturday 17 March 2012

Kata Dua Buat Skuad Malaysia

Teguran daripada Tan Sri Anwar Musa kepada skuad Malaysia yang ditujukan khas kepada pengendali pasukan Kebangsaan beberapa hari lalu ada benarnya. Persembahan skuad kebangsaan dalam beberapa perlawanan persahabatan lalu tidak begitu 'memberangsangkan' jika diukur dari segi keputusan perlawanan dan status lawan yang dihadapi. Memanglah pemain yang diturunkan mungkin adalah pemain ujian tapi isyarat jelas dari Tan Sri Anwar Musa yang mahukan perkembangan positif dari skuad kebangsaan. Dalam perlawanan persahabatan yang lalu skuad kebangsaan sekadar seri 1-1 dengan Filipina dan menang tipis kepada Sabah. Memang keputusan sebegini sedikit mengecewakan kerana semua mengagak yang pasukan kebangsaan boleh menang selesa keatas lawan dan sepatutnya itulah yang berlaku tapi........Disamping itu kita faham yang pengendali skuad kebangsaan sedang mencari kombinasi yang mantap untuk skuad utama yang akan dibawa ke piala AFF Suzuki nanti. Masih ada sedikit masa lagi dan sepatutnya ruang itu diberilah kepada pengedali skuad kebangsaan untuk membuktikan formula yang dicongak berkesan. Lebih banyak perlawanan persahabatan penting untuk skuad kebangsaan kerana ianya dapat membantu mencari keserasian pemain dalam padang.

No comments:

Post a Comment