Sunday 15 January 2012

Pemain Import Liga Malaysia 2012

Liga Malaysia musim 2012 yang baru sahaja bermula menyaksikan kehadiran pemain import kembali mewarnai bolasepak negara. Kehadiran mereka sudah pasti merancakkan lagi saingan disamping pemain tempatan yang diharap dapat meningkatkan tahap permainan mereka. Untuk musim ini, pasti pemain import akan menjadi tumpuan terutamanya penyerang. Mana-mana pasukan yang mempunyai pemain import yang tinggi pasti mempunyai kelebihan dan akan menjadi salah satu taktik yang penting untuk pasukan yang bertanding. Gua yakin pada penghujung musim nanti, pemain import akan menjadi penjaring terbanyak dan akan ada pasukan yang bergantung sepenuhnya pada pemain import untuk menang dan menjaringkan gol. Apapun pemain tempatan terutamanya pemain muda harus cuba lebih kreatif untuk menyekat penguasan pemain import ini kelak. Inilah masanya kita untuk membiasakan diri menentang dan bermain bersama pemain dari luar. Kalau corak permainan kita dapat berasimilasi dengan corak pemain import, tidak mustahil kita boleh menjadi hebat setanding Korea, Jepun dan lain-lain.  

No comments:

Post a Comment