Tuesday 22 November 2011

Harimau Malaya Tumbangkan Garuda pada Final Sukan Sea 2011

Final Sukan Sea 2011 antara Malaysia vs Indonesia berlangsung hangat. Tamat 90 minit, perlawanan terikat 1-1, dan pada separuh masa pertama jelas milik Malaysia tetapi pada separuh masa kedua pula dikuasai oleh Indonesia. Secara keseluruhannya satu perlawanan yang boleh dikatakan seimbang dimana kedua-dua pasukan saling serang-menyerang. Malaysia memiliki beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol khususnya oleh Fakri Saarani dan Asra tetapi sekali lagi di sia-siakan. Akhirnya, sepakan penalti jadi penentuan siapa memiliki emas Sukan Sea 2011. Keputusan sepakan penalti Malaysia 4 Indonesia 3. Memang mendebarkan sepakan penalti sebentar tadi, apatah lagi selepas Fakri Saarani gagal dalam sepakannya, mujur Khairul Fahmi cemerlang menyelamatkan sepakan penalti Indonesia. Bagi gua, pemain terbaik final ini adalah kapten Malaysia Baddrol Bakhtiar yang bermain baik selama 120 minit dan pasukan Malaysia adalah satu-satunya pasukan yang tidak kalah sepanjang kempen Sukan Sea 2011 bagi acara bolasepak. Nampaknya 'IBU pingat' akan terus berada di Malaysia untuk dua tahun lagi. Tahniah Harimau Muda!!

No comments:

Post a Comment