Tuesday 10 April 2012

Mancini Hilang Sabar Dengan Balotelli

Perlawanan EPL pada ahad yang lalu menyaksikan Arsenal menewaskan Man City 2-1 yang mana Mario Balotelli dikenakan kad merah berikutan terjahan keras keatas Alex Song. Mancini jelas berang dengan tindakan itu dan kekecewaannya berterusan kerana Mancini memberikan isyarat yang mana Mario Balotelli boleh meninggalkan kem Man City pada musim perpindahan pemain nanti. Balotelli akan berdepan dengan penggantungan dan berkemungkinan akan terlepas keseluruhan baki permainan musim ini. Isunya disini ialah Mancini hilang sabar dengan masalah yang sering timbul akibat daripada Balotelli dan kalaupun beliau tidak digantung keseluruhan baki perlawanan, Mancini mungkin tidak akan menurunkan beliau lagi untuk bermain. Nampaknya keadaan ini bertambah sukar bagi Man City yang ketinggalan 8 mata di belakang Man Utd untuk mengejar kejuaraan EPL. Walaupun bermula dengan cermelang pada awal musim tapi 10 perlawanan terakhir ini adalah detik yang paling sukar. Siapa yang konsisten bermain dengan baik berpeluang mengumpul mata maksimum dan begitu juga sebaliknya. Selalunya masalah pemain yang keletihan, penggantungan dan kecederaan dalam pasukan adalah menjadi penentu kepada kejuaraan.

No comments:

Post a Comment