Wednesday 22 June 2011

Liverpool Chelsea Arsenal VS Malaysia

Gua sebenarnya teruja dengan kehadiran kelab-kelab EPL yang sudi datang menguji skuad bola sepak Malaysia. Pasti mereka pun mati-mati nak tau bagaimana 'kembangnya' bola sepak Malaysia yang begitu gah di laung oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya media. Kelab seperti Liverpool, Arsenal dan Chelsea akan lawan skuad terbaik Datuk Rajagopal. Persoalannya sekarang dapatkah kelab epl ni 'lauk' team Malaysia???...Gua rasa tidak akan ada tean yang kena lauk dengan teruk nanti, tak kira la yang kalah tu team Malaysia ke atau team epl sebab team epl takkan main perlawanan tu nanti untuk menang, lebih kepada fitness dan keserasian untuk musim baru sahaja. Team Malaysia pun takde masalah untuk menang nanti, epl takkan main bermati-matian untuk menang, jadi cerah la harapan kita. Lebih manis lagi Malaysia akan menjadi perlawanan persahabatan rasmi pertama manager baru Chelsea Villas Boas. Bayangkan kalau Malaysia menang, pasti team Malaysia akan dilaung dengan kata-kata pujian dari seluruh peminat bolasepak dalam dunia.....Tapi daripada memikirkan kemenangan dengan skuad epl ni, lebih baik team Malaysia menganalisis cara liverpool main, cara arsenal main dan cara chelsea main. Kalau team Malaysia dapat menganalisis perbezaan corak permainan team epl ni pun dah cukup berguna untuk bekalan masa hadapan bola sepak Malaysia...Tak Gitu!!!!  GO BOLA SEPAK!!!
 

2 comments:

  1. mm..paling best kalau ada mana2 pemain yang outstanding dan boleh menarik perhatian mana2 kelab..

    ReplyDelete
  2. harap2 la ada kelab yg nk amik player malaysia..tp beza pemain malaysia n epl masih jauh lg kot.

    ReplyDelete